Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan secara bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan, statistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cabang ilmu pengetahuan yg menggunakan angka-angka utk menunjukkan sesuatu pernyataan dll. 2 sesuatu pernyataan (spt jumlah penduduk, eksport, import) yg ditunjukkan dgn angka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang, Tingkat 7 & 11, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Department of Statistics Malaysia State of Pahang, 7th & 11th Floor, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Daru Makmur. mohon pengesahan, adakah betul terjemahan inggeris. adakah alamat di bahagian inggeris perlu italic juga bagi bahasa melayu seperti Jalan Gambut. alamat ini akan diletakkan ke atas kad namaAlamat yang dinyatakan adalah betul. Walau bagaimanapun, sila betulkan ejaan Darul.Penyemakan dan penterjemahan16.03.2020
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasihDalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal".Istilah08.07.2011
Merujuk kepada e-mail saya pada 14 Mei 2011, saya tidak memerlukan khidmat penterjemahan tetapi saya ingin bertanya manakah antara berikut adalah ayat yang betul? 1. Perangkaan utama mengikut kumpulan saiz harta 2. Perangkaan utama mengikut saiz kumpulan harta berikut merupakan analogi kumpulan di mana menggambarkan saiz harta kurang dari RM5000 RM5000-RM10000 RM10000 dan ke atas Soalan- manakah antara dua ayat di atas adalah benar sama ada KUMPULAN SAIZ HARTA atau SAIZ KUMPULAN HARTA bagi menggambarkan selang kelas di atas? untuk makluman, soalan ini telah diajukan sebanyak dua kali dan DBP memberikan jawapan yang berbeza untuk dua soalan tersebut. sekian, terima kasihBerdasarkan maklumat dalam ayat kedua, penggunaan frasa yang betul ialah 'saiz kumpulan harta'. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Tatabahasa14.05.2011
Assalamualaikum, Tuan/Puan, Mohon bantuan bagi pengesahan penggunaan perkataan lain-lain dalam ayat ini. "Penerbitan ini membentangkan perangkaan bagi perkhidmatan persendirian dan lain-lain aktiviti berdasarkan Banci Ekonomi yang dijalankan."adakah betul penggunaan lain-lain ini atau perlu ubah?terima kasih.Ayat yang betul ialah:

 "Penerbitan ini membentangkan perangkaan bagi perkhidmatan persendirian dan aktiviti-aktiviti lain berdasarkan Banci Ekonomi yang dijalankan."

Terima kasih.
Tatabahasa12.07.2017
Assalamualaikum, kami di Jabatan Perangkaan bercadang untuk menerbitkan buku tentang Pekerja Asing di Malaysia. Dimohon kerjasama DBP untuk memberi khidmat nasihat bagaimana proses penerbitan tersebut. Sebarang maklumat tambahan yang diperlukan boleh hubungi saya Siti Nurliza Samsudin, 03-88810346. Sekian, terima kasih.

salam buan budiman,

Sebarang permohonan manuskrip dari luar seperti buku/novel/cerpen/puisi dan lain-lain bolehlah dihantar ke:

 

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

 

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  1. Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  2. Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan pihak DBP selanjutnya.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi:

Setiausaha pejabat, Pentadbiran Jabatan Penerbitan,
Puan Nor Azlina Hanim melalui talian telefon: 03-2147 9533

Lain-lain24.07.2019
mohon translate dan kepastian penggunaan koma atau sebagainya bagi nama jabatan berikut: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang adakah betul dalam bahasa inggeris Department of Statistics Malaysia State of PahangNama tersebut adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan16.03.2020
Bismillahirrahmanirrahim dan Salam Sejahtera. Saya Noor Athirah binti Azmi, pelajar praktikal di Bahagian Korporat dan Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia Putrajaya telah diberi tugas untuk menterjemahkan beberapa cadangan tema Hari Statistik Negara yang akan diadakan pada 20 Oktober 2017 yang akan datang. Sehubungan dengan itu, saya lampirkan empat cadangan tema versi Bahasa Inggeris sempena sambutan tersebut untuk diterjemahkan ke versi Bahasa Melayu dalam konteks ayat dan makna perkataan yang lebih sesuai bersempena sambutan Hari Statistik Negara. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan cadangan yang paling bernas untuk mendapatkan tema sambutan ini dalam versi Bahasa Melayu. Terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan.Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Walau bagaimanapun kami boleh membantu puan menyemak ketepatan penggunaan bahasa dalam penterjemahan yang telah dibuat terlebih dahulu.Tatabahasa04.10.2017
Salam, Saya ingin bertanya adakah perkataan "Survey" di dalam Bahasa Inggeris bersamaan "Survei" di dalam Bahasa Melayu. Saya ada menerima dokumen rasmi dari Jabatan Perangkaan Malaysia dan tajuk dokumen tersebut ialah "Survei Pembinaan...."
Kata survei diambil daripada kata survey dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan data Istilah Bahasa Melayu yang ada dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), kata survei banyak digunakan, misalnya dalam contoh seperti yang di bawah:

survey analysis - analisis survei; analisis tinjau selidik
survey population - populasi servei;penduduk tinjau selidik
survey area - kawasan survei
mapping survey - survei pemetaan

Kata survey juga diterjemahkan sebagai tinjauan (contoh: preliminary survey - tinjauan awal), kaji selidik (contoh: survey sampling - pensampelan kaji selidik) dan tinjau selidik (contoh: household survey - tinjau selidik isi rumah).
Istilah04.04.2023
Mohon untuk menyemak terjemahan ( Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu) yang dilampirkan untuk penerbitan JabatanPenambahbaikan yang dicadangakan adalah seperti yang berikut:

Penerbitan Perangkaan Muktamad Perdagangan Luar Negeri, Malaysia bagi tahun 2015 dikeluarkan dalam satu jilid. Ia mengandungi maklumat perdagangan bagi tahun rujukan 2014. Penerbitan ini memaparkan nilai eksport, import dan eksport semula berdasarkan Standard International Trade Classification, Revision 4, (S.I.T.C. Rev. 4), mengikut Seksyen, Bahagian dan Kumpulan Barangan negara asal dan destinasi barangan utama/terpilih, Klasifikasi Kategori Ekonomi Umum (BEC) dan penggunaan akhir. Maklumat terperinci pada peringkat 9/10 – butiran tarif digit [Sistem Berharmoni (SB)/ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (ATHN)/SITC yang setara] boleh juga dibekalkan kepada pengguna atas permintaan.
Penyemakan dan penterjemahan21.09.2016
Apakah erti "tempoh rujukan wajaran"? Ruj: https://www.dosm.gov.my/uploads/release-content/file_20230922104634.pdfTiada frasa "tempoh rujukan wajaran" dalam pangkalan data kamus dan istilah Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila dapatkan maklumat yang lebih jelas daripada Jabatan Perangkaan Malaysia atau penjelasan daripada pakar ekonomi.Makna02.10.2023
12

Kembali ke atas