Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
racun (kata nama)
Bersinonim dengan bisa, ipuh, tuba, toksin, santau, upas, sengat, arsenik, sianida, paraquat, racun herba, racun perosak, racun serangga;,
Kata Terbitan : beracun, meracuni, keracunan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
persistent perticideracun perosak kekalBiologiEkologiRacun perosak yang berada di persekitaran melebihi satu musim pertumbuhan atau setahun selepas digunakan. Misalnya, lindane.
pesticideracun perosakBiologiEkologiRacun kimia yang digunakan untuk membunuh perosak, seperti serangga, rumpai, kulat, lumut, dan roden. Sesetengah racun perosak boleh mencemarkan air, udara atau tanah, dan bertakung di dalam tubuh manusia, haiwan, dan persekitaran, terutama jika salah digunakan. Beberapa jenis racun perosak boleh mengganggu proses pembiakan burung pemangsa, dan mungkin juga haiwan lain.
rodenticideracun perosak rodenBiologiEkologiRacun perosak yang digunakan untuk membunuh tikus atau roden perosak lain.
pesticide toleranceketoleranan racun perosakBiologiEkologiKeupayaan organisma menahan kesan racun perosak, atau sisa racun kimia di dalam atau pada makanan.
pesticideracun perosakKimiaTiadaSebarang bahan yang digunakan untuk membunuh haiwan dan tumbuhan perosak, yang merangkumi racun kulat, racun tikus, racun serangga dan racun rumpai. Kebanyakan racun perosak ini toksik juga kepada manusia.
pesticideracun perosakGeografiTiadaTiada
pesticideracun perosakPertanianTiadaTiada
pesticidepestisid/racun perosakKejuruteraanTiadaTiada
aldrinaldrinBiologiEkologiRacun perosak serangga organoklorin yang juga boleh meracuni haiwan vertebrata. Oleh itu di kebanyakan negara, penggunaannya dilarang.
organophosphateorganofostatBiologiEkologiKumpulan racun perosak kimia yang mengandungi fosforus, seperti malation dan paration yang digunakan untuk mengawal serangga. Sebatian-sebatian ini mempunyai hayat yang pendek, oleh itu biasanya tidak mencemarkan sekitaran. Walau bagaimanapun, sesetengah organofostat, seperti paration adalah sangat toksik semasa mula-mula digunakan, dan pendedahan yang berterusan akan mengganggu proses normal sistem saraf yang boleh mengakibatkan pitam.
1234567

Kembali ke atas