Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berasa marah kerana dihina dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Naik bukit membakar arang,
     Habis padi dimakan rusa;
Sakit hati dikata orang,
     Walau sekali kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Berat beban yang sedikit dek hati sakit.

Bermaksud :

Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hepatalgiahepatalgiaPerubatanTiadaSakit pada hati.
hepatalgiahepatalgiaHerbaFitoterapiSakit pada organ hati.
biliousbiliusHerbaFitoterapi1. Sebarang gangguan yang berkaitan dengan pengeluaran atau rembesan hempedu yang berlebihan. 2. Sakit yang disebabkan oleh gangguan fungsi hati yang mengakibatkan sembelit, sakit kepala, hilang selera makan dan muntah hempedu. 3. Sinonim kolemesis.
cadmium poisoningkeracunan kadmiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kadmium atau makanan yang disimpan dalam bekas kadmium, atau penyedutan wasap kadmium daripada pengimpalan, peleburan atau proses industri lain. Had pendedahan terhadap debu kadmium atau wasap kadmium oksida ialah 0.05 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, sakit kepala, sakit otot, peliuran, sakit abdomen, kejutan, kerosakan hati dan kegagalan ginjal. Penyedutan wasap kadmium pula mengakibatkan mulut terasa payau, sesak nafas, sakit dada, batuk berserta kahak berbuih atau berdarah, lemah dan sakit pada kaki. Keracunan kronik akibat penyedutan mengakibatkan hilang deria bau, batuk, dispnea, hilang berat badan, anemia, kerengsaan, dan gigi berkaral. Penemuan patologi dalam kes maut akibat pengingesan ialah inflamasi gastrousus yang teruk dan kerosakan hati serta buah pinggang. Penemuan patologi dalam kes keracunan akut akibat penyedutan pula ialah inflamasi epitelium pulmonari dan edema pulmonari.
dyspepsiadispepsiaPerubatanTiadaKeadaan yang berlaku akibat gangguan percernaan makanan sehingga menyebabkan sakit atau ketakselesaan sudu hati selepas makan.
narcoticnarkotikHerbaTiadaHerba yang menenangkan rasa sakit yang sukar diubati atau mengaruh anestesia. Herba ini harus digunakan dengan berhati-hati. Contoh herba ini ialah candu, ganja, ketum dan guarana.
cinchophen poisoningkeracunan sinkofenKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan sinkofen, iaitu ubat yang terkenal pada masa lampau sebagai agen analgesik, antipiretik, dan urikosurik dalam rawatan gout, dan masih digunakan dalam perubatan paten, campuran proprietari, dan preskripsi. Dos maut akut ialah 5 g - 30 g, walaupun kematian akibat kerosakan hati boleh terjadi dengan dos berulang serendah 1 g sehari selama 1 - 2 minggu. Tanda utama keracunan ialah hiperpnea, asidosis, dan demam kuning. Keracunan akut menyebabkan kerengsaan gastrousus, sakit epigastrik, anoreksia, cirit-birit, muntah, hiperpnea, tinitus, hipertelmia, delirium, konvulsi, dan koma. Keracunan kronik menyebabkan demam kuning, anoreksia, sakit abdomen, dan pembesaran hati yang menyakitkan. Dalam masa 1 - 4 minggu, saiz hati mengurang, asites abdomen terbentuk, dan pesakit mungkin mati semasa koma disebabkan kerosakan hati. Penemuan patologi ialah atrofi akut kuning hati dan degenerasi lemak dalam buah pinggang dan jantung.
cancer pain managementpengurusan nyeri kanserPerubatanTiadaPengurusan pesakit yang mengalami nyeri akibat kanser seperti kanser payudara, hati dan tulang. Pengamal perubatan akan memberikan ubat penahan sakit sama ada secara oral, suntikan intramuskular, suntikan intravena, infusi atau melakukan sekatan saraf pusat dan periferi berserta pemberian psikoterapi untuk mengurangkan nyeri tersebut.
sodium morrhuatenatrium moruatKimiaForensikGaram natrium bagi asid lemak minyak hati ikan kod. Serbuk granul kuning pucat, larut dalam air dan etanol. Ubat kardiovaskular, antivarikos, agen sklerosis dan fibrosis. Penyuntikan ubat ini boleh menyebabkan sakit pada tempat penyuntikan, tindak balas pemekaan, penyelumuran, embolisme pulmonari, dan paraplegia. Dos terapeutik ialah 0.5 mL - 5 mL dalam larutan 5%. Dos intravena bagi sklerosis ialah 1 mL.
phenacetinfenasetinKimiaForensikFormula kimia, C10H13NO2; nama dagang, Gripponyl. Hablur atau serbuk putih, takat lebur 134�C - 135�C. Ubat yang diberikan untuk melegakan sakit dan mengurangkan demam. Ubat ini boleh menyebabkan tindak balas alergi. Kegunaan berulang hendaklah dielakkan dalam kes penyakit anemia, jantung, paru-paru, hati atau buah pinggang. Kesan sampingan termasuk penyakit hati, demam atau ruam kulit. Ubat ini telah digantikan dengan asetaminofen. Dos terapeutik ialah 5 �g/mL - 10 �g/mL Dos toksik ialah 50 �g/mL. Sinonim asetofenetidin.
1234

Kembali ke atas