Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kurang jelas (pd pelihatan), agak kabur: ketika itu wajah ayahnya terbayang samar-samar; di dlm cahaya yg samar-samar itu mata mereka bertentang tepat; 2. kurang terang (sesuatu kenyataan, keterangan, bukti, dll), masih ter-sembunyi, tidak nyata: sebab-sebab mengapa ia dibunuh masih samar-samar lagi; 3. tidak dgn terang-terang, tersembunyi: dia datang itu dgn maksud yg ~; (waktu) ~ muka = (waktu) samar-samar daun waktu petang benar (daun atau muka orang tidak jelas kelihatan lagi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak berapa terang pd pandangan; agak kabur: Kawasan sekitar bandar itu kelihatan ~ kerana kabus tebal. 2 tidak berapa jelas (bkn khabar dll); tidak cukup alasan atau bukti: Berita yg diterima itu masih ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
samar
Kata Terbitan : samar-samar, menyamar, menyamarkan, kesamaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
twilight statekeadaan samar-samarPerubatanPsikiatriKeadaan tahap kesedaran yang bercampur aduk dengan halusinasi.
twilight statekeadaan samar-samarPerubatanPsikiatriKeadaan tahap kesedaran yang bercampur aduk dengan halusinasi.
visible lightcahaya nampakKomunikasiTiadaCahaya samar-samar yang digunakan untuk sesuatu tangkapan. Contohnya, cahaya menjelang waktu senja.
ambiguitykesamaranKesenianSeni BinaKonsep reka bentuk yang samar-samar dan boleh didefinisikan dengan pelbagai maksud. Contohnya, konsep yang tidak jelas membuatkan pengkritik memberikan definisi yang tersendiri pada reka bentuk tersebut.
low keycahaya suramKomunikasiTiadaCahaya yang malap atau samar-samar di kawasan latar belakang manakala objek tumpuan mungkin nampak jelas. Tujuannya ialah untuk mewujudkan suasana seram.
nimbostratusnimbostratusGeologiTiadaAwan berwarna kelabu dan biasanya gelap yang tampak samar-samar kerana hujan atau salji yang turun terus-menerus.
nimbostratusnimbostratusSainsHidrometeorologiAwan berwarna kelabu dan selalunya gelap yang nampak samar-samar kerana hujan atau salji yang turun terus-menerus. Secara keseluruhan, awan ini cukup tebal sehingga dapat melindungi matahari. Awan rendah bergerigis selalu terdapat di bawah lapisan ini dan mungkin bercantum atau tidak dengannya.
nimbostratusnimbostratusMeteorologiMeteorologi PerhubunganGenus awan berwarna kelabu dan selalunya gelap yang nampak samar-samar kerana hujan atau salji yang turun terus-menerus. Secara keseluruhan, awan ini cukup tebal sehingga dapat melindungi matahari. Awan rendah bergerigis selalu terdapat di bawah lapisan ini dan mungkin bercantum atau tidak dengannya.
bias lightingpencahayaan memihakKomunikasiTiadaPencahayaan yang tertumpu kepada sesuatu subjek tertentu supaya subjek yang lain berada dalam keadaan samar-samar atau kurang bercahaya.
interpretationtafsiranKesusasteraanTiadaPemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya hendaklah seboleh-bolehnya untuk memperoleh makna yang dimaksudkan oleh pengarang. Namun, mutakhir ini dikatakan bawa sesebuah teks mungkin memberi lebih daripada satu tafsiran atau makna. Hal ini disebabkan oleh kompleksiti bahasa dan struktur karya. Walau bagaimanapun, semua tafsiran teks adalah berasaskan kecekapan pembaca dan pengetahuannya tentang konvensi bahasa dan sastera, serta pengetahuan budayanya. Jenis tafsiran yang lebih khusus adalah seperti takwil, hermeneutika dan dekonstruksi. Tafsiran dalam bahasa Arab bermaksud �memberi makna�. Tafsiran disebut juga interpretasi. Lihat juga dekonstruksi, hermeneutika.
123456

Kembali ke atas