Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp = menyebut; menyebut 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; menyebut-nyebut selalu benar menyebut: mulutnya ~ ibunya; tersebut 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; sebutan 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; penyebutan 1. perihal menyebut: ia ber-kehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan: segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato’ Putih; penyebut 1. (orang) yg menyebut; 2. Id penyambut dlm angka pecahan (angka 3 dlm angka pecahan ). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menyebut 1 mengucapkan (ben­­da, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gel­a­r­an, panggilan) pd sesuatu; meng­gelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; me­lisankan atau melafaz­kan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa. menyebut-nyebut selalu benar me­nyebut: ~ nama anaknya. tersebut pernah disebut; telah disebut: Surat ~ telah saya terima. sebutan 1 cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu perkataan dll; apa-apa yg disebut: ~ pembaca warta berita itu kurang jelas. 2 = sebut-sebutan sesuatu yg selalu disebut atau dipercakapan: Tingkah lakunya yg sopan dan berbudi bahasa itu menjadi ~ seluruh kampung. 3 panggilan sbg ejekan (julukan dll): Kerana perutnya buncit, dia telah mendapat ~ Mat Labu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebut

Puisi
 

Bintang tujuh tinggal enam,
     Gugur sebiji di Gunung Daik;
Hilang sebut tinggal senam,
     Baru tahu emas tak baik.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Mati enau tinggal di rimba.

Bermaksud :

Orang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sore a ~ /point, subject/, perkara yg menyakitkan hati: don’t refer to the divorce. It’s still a ~ subject with him, jangan sebut-sebut ttg perceraian itu. Itu satu perkara yg masih menyakitkan hatinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
underquotevt memberikan sebut harga yg rendah drpd: one contract ~d all the others, satu kontrak memberikan sebut harga yg rendah drpd semua kontrak yg lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soonno ~er said than done, belum habis sebut sudah + approp v: “Goodness, have they delivered the pizza already?” “Yes, no ~er said than done”, “Alamak, mereka sudah hantar piza?” “Yalah, belum habis sebut sudah sampai”; “Would you hand me the paper?” “No ~er said than done”, “Tolong hulurkan kertas itu kpd saya.” “Belum habis sebut sudah buat”.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
front runnern calon yg disebut-sebut akan menang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slip 1 ~ of the pen, tersilap tulis; a ~ of the tongue, tersilap sebut; 3. petticoat, kain dalam: your ~ is too long, kain dalam kamu terlalu labuh; 4. (usu in pl) see SLIPWAY;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reverberatevi 1. bergema, bergaung, bertalun: the sound ~d from the rocky cliffs, bunyi itu bergema dr tebing tinggi yg berbatu-batan; 2. (fig.) menjadi /sebut-sebutan, buah mulut/: news of the stock market crash ~d through the business world, berita ttg pasaran saham yg jatuh menjunam menjadi sebut-sebutan dlm dunia perniagaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
taboo~ subject,perkara larangan, kepantangan: when you visit her don’t mention the will, it’s a ~ subject, apabila kamu melawat dia, jangan sebut ttg surat wasiat itu, itu menjadi satu kepantangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
so you mustn’t say ~ much as one word of this to anyone, kamu tdk boleh menyebut sepatah kata pun ttg ini kpd orang lain or sepatah kata pun ttg ini tdk boleh kamu sebut kpd orang lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
peg~ so. down, make so. commit himself (to a definite time) meminta sso menetapkan: you’ll have to ~ him down to a definite quotation, kamu mesti memintanya menetapkan sebut harga yg tertentu; ~ st down, a. see vt (sense 3.); b. fix price down lower, menetapkan harga yg lebih rendah: the government ~ged down the price of certain basic foodstuffs to prevent profiteering, pihak kerajaan telah menetapkan harga yg lebih rendah bagi beberapa barang makanan asas utk mengelakkan pencatutan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
refrain 2 n 1. recurring melody, baris ulang: they sang altogether when it came to the ~, mereka menyanyi beramai-ramai apabila nyanyian itu sampai ke baris ulang; 2. an often repeated statement or comment, ungkapan yg sering disebut-sebut; (sound of snoring) ulangan: our request was met with our boss’s ~ that where there is no work, there is no pay, permohonan kami dibalas dgn ungkapan yg sering disebut-sebut oleh bos kami iaitu tdk ada kerja, tdk ada gaji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas