Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp = menyebut; menyebut 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; menyebut-nyebut selalu benar menyebut: mulutnya ~ ibunya; tersebut 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; sebutan 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; penyebutan 1. perihal menyebut: ia ber-kehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan: segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato’ Putih; penyebut 1. (orang) yg menyebut; 2. Id penyambut dlm angka pecahan (angka 3 dlm angka pecahan ). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menyebut 1 mengucapkan (ben­­da, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gel­a­r­an, panggilan) pd sesuatu; meng­gelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; me­lisankan atau melafaz­kan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa. menyebut-nyebut selalu benar me­nyebut: ~ nama anaknya. tersebut pernah disebut; telah disebut: Surat ~ telah saya terima. sebutan 1 cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu perkataan dll; apa-apa yg disebut: ~ pembaca warta berita itu kurang jelas. 2 = sebut-sebutan sesuatu yg selalu disebut atau dipercakapan: Tingkah lakunya yg sopan dan berbudi bahasa itu menjadi ~ seluruh kampung. 3 panggilan sbg ejekan (julukan dll): Kerana perutnya buncit, dia telah mendapat ~ Mat Labu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebut

Puisi
 

Bintang tujuh tinggal enam,
     Gugur sebiji di Gunung Daik;
Hilang sebut tinggal senam,
     Baru tahu emas tak baik.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Mati enau tinggal di rimba.

Bermaksud :

Orang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon pencerahan berkenaan perkataan sebutharga atau Sebut Harga atau sebut harga?? adakah dua perkatan atau satu perkataan?Yang betul ialah sebut harga.Ejaan26.05.2014
Apakah perbezaan antara "baca" dan "sebut"? Apakah perkataan Bahasa Inggeris yang sama makna dengan "baca" dan 'sebut"? Terima kasihSila lihat makna perkataan ‘baca’  melalui pautan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=baca  dan makna ‘sebut’ melalui pautan sebut">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sebut.   DBP tidak menyediakan perkhidmatan carian kata dalam bahasa Inggeris.Makna18.09.2014
Bagaimana sebut waktu dalam sistem 24 jam seperti berikut: 1. jam 1600 2. jam 0025 3. jam 0000 4. jam 0303 Terima kasihSebutan waktu dalam sistem 24 jam ialah 1. jam 1600 = jam 1600, 2. jam 0025 = jam 12.25 tengah malam, 3. jam 0000 = jam 12 tengah malam, 4. jam 0303 = jam 3.03 pagi.Lain-lain15.11.2010
Dalam BM, bolehkah kita sebut "mengundurkan tangan"? Atau semestinya dan hanya sebut "menarik balik tangan"?

Frasa yang betul ialah “...menarik balik tangan”.

Tatabahasa19.01.2015
Bahagian Penguatkuasaan menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen, proses akan bermula jika sebut haraga disetujui... Bagaimana saya boleh dapat tahu sebut harga assignment ini?Lihat LampiranLain-lain15.05.2012
Y.Bhg Tuan/Puan, ucapan salam. Saya ingin mendapatkan ejaan yang betul bagi sebut harga. terima kasih.Ejaan yang betul ialah sebut harga.Ejaan11.05.2011
perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah ditulis macammana? surat setujuterima dan dokumen sebutharga atau dijarakkan seperti tulisan awal di atas.Perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah dieja dalam dua perkataan.Tatabahasa13.01.2011
untuk menunjukkan nilai murdni, istilah yang digunakan ialah sifat sabar atau sifat bersabar?Perkataan "sabar" lebih sesuai apabila mengikuti perkataan "sifat". Contohnya kita sebut "sifat malas", kita tidak sebut "sifat bermalas", "sifat rajin" bukan "sifat berajin" atau "sifat tabah" bukan "sifat bertabah".Tatabahasa12.03.2014
perkataan penyebutharga wijud atqau tidakTidak ada contoh penggunaan perkataan penyebut harga dalam pangkalan data kami. Jika ingin merujuk pihak yang mengeluarkan sebut harga, boleh menggunakan perkataan orang atau syarikat yang membuat sebut harga.Istilah05.01.2016
adakah perkataan majmuk seperti sebut harga, senarai hitam dieja rapat jika diapit? Contoh : penyebutharga, disenaraihitam atau disenaraihitamkan? berkuatkuasa atau berkuat kuasa?

Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Oleh itu, “sebut harga”, “senarai hitam”, “penyebut harga” dan “berkuat kuasa” dieja terpisah. Walau bagaimanapun, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:

senarai hitam – disenaraihitamkan

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72 hingga 75.

Tatabahasa04.03.2024
12345678910...

Kembali ke atas