Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak longgar (cincin dll), ketat, sempit: sampai di rumah, dia melucutkan segala pakaiannya yg serba ~ dan terus merebahkan tubuh ke katil; 2. tidak dapat diisi lagi (karung dll), penuh betul, tumpat: pondok tempat kami berlindung itu terlalu ~ dgn manusia; menyendati memenuhi ruang hingga padat, memadati: dia hilang di celah-celah orang ramai yg ~ lorong itu; menyendatkan menjadikan sendat, me­nyum-batkan; tersendat 1. tersumbat (saluran dll), ter-ketat, tersekat: negara-negara maju meng-alami keadaan ~ disebabkan birokrasi pen-tadbiran yg berlebih-lebihan; 2. = tersendat-sendat; tersendat-sendat ki tersekat(-sekat), tidak lancar: mereka harus dilatih berbicara dgn tenang, jelas, gramatis, tidak ~ dan tidak berbelit-belit; kesendatan keadaan sendat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 penuh betul dan tidak dpt diisi lagi; tumpat. 2 tidak mudah lalu (bkn cincin dll); ketat. menyendatkan menyebabkan jadi sendat: ~ cincin dgn perca kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendat (adjektif)
1. Bersinonim dengan ketat: sempit, sama padan, terik, sepan, kiat, serat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan penuh: tumpat, penuh sesak, padat, sebu, sebak,
Berantonim dengan lengang

Kata Terbitan : menyendat, tersendat, tersendat-sendat, kesendatan,

Peribahasa

Masuk ke telinga kanan,
     keluar ke telinga kiri.

Bermaksud :

Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tightsn seluar sama sendat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
airlockn block preventing flow of liquid, sendat udara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
seam /bursting, bulging/ at the ~s, penuh padat, sudah sendat; (with people) penuh/ sesak, padat/: the little town hall was practically bursting at the ~s, dewan bandaran itu penuh sesak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jam1vt 1. cram, (act.) menyumbatkan, memadatkan; (pass.) padat, sendat, penuh: a drawer ~med with clothes, laci yg padat dgn pakaian; 2. wedge immovably, (act.) approp v [n] + /tersepit, terjepit/; (pass.) tersepit, terjepit: he ~med the table between the cupboard and the wall, dia meletakkan meja itu tersepit di antara almari dan dinding; the child got his fingers ~med in the door, jari anak itu tersepit di celah pintu; 3. fill by crowding, penuh sesak: crowds of people ~med the main streets, jalan-jalan besar penuh sesak dgn orang ramai; 4. cause to become locked, stuck, menyebabkan [n] + approp v: the sudden application of the brakes ~med the wheels, menekan brek dgn tiba-tiba menyebabkan roda tdk dapat bergerak; to ~ the typewriter keys, menyebabkan mata mesin taip tdk dapat ditekan; 5. (radio) mengganggu: to ~ the enemy’s station, mengganggu stesen pemancaran musuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bottle-neckn 1. narrow part of bottle, leher botol; 2. narrow strip or restricted part of road, jalan sendat; 3. anything obstructing production or progress, kesendatan: we hope the dictionary will come out in spite of the ~s, kami berharap kamus itu akan terbit meskipun berlaku kesendatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bindvi 1. form a cohesive mass, bersebati, menjadi sebati: heat causes clay to ~, haba menyebabkan tanah liat bersebati; 2. be tight and uncomfortable, sendat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fittedadj 1. (of carpet) dr dinding ke dinding; 2. (of furniture) terbina dalam: a ~ cupboard, almari terbina dalam; 3. (of room) berperabot terbina dalam: a ~ kitchen, dapur yg berperabot terbina dalam; 4. (of sheet) sama sendat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas