Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bolabenda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dlm permainan atau sukan; ~ air Id sj permainan bola sambil berenang, polo air; ~ biliard sj permainan memukul bola-bola dgn kayu di atas meja; ~ golek sj permainan (judi) dgn bola-bola di atas meja yg memakai lubang-lubang dan nombor-nombor; ~ jaring sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd tujuh orang pemain wanita setiap pasukan; ~ karan sj permainan bola golek yg memakai karan; ~ keranjang sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd lima orang pemain setiap pasukan; ~ kiu bola yg ditonjol dgn kiu (dlm permainan snuker atau biliard); ~ lampu Id bal lampu; ~ sepak sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd 11 orang pemain, biasanya di padang segi empat bujur yg mempunyai tiang gol di kedua-dua hujungnya; ~ sodok (tojok) Id bola biliard; ~ tampar sj permainan antara dua pasukan dgn enam orang pemain setiap pasukan, yg menampar bola melangkaui jaring di tengah gelanggang; ~ tampel Id permainan tenis; ~ tangan sj permainan bola dgn tangan; ~ tangkis sj permainan dgn memukul tangkai bulu tangkis, badminton; ~ tongkat Id sj permainan bola di padang yg dipukul dgn kayu, hoki.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas