Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®sunah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sunnah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
السنةsunnahAgama IslamHadithlihat: الحديث
ahkam Islamhukum IslamPerniagaan IslamTiadaPerintah, suruhan atau larangan yang ditujukan kepada manusia. Hukum Islam ialah syariat Allah yang meliputi hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Sumber hukum Islam yang disepakati ialah al-Qur’an, al-Sunnah, ijmak dan qias.
reciprocity principlesprinsip persalinganUndang-undangTiadaKaedah yang mewajibkan negara penerima hak atau faedah daripada sesuatu perjanjian untuk memberikan hak atau faedah yang sama kepada negara pemberi. Contohnya, apabila negara A menyertai Konvensyen Geneva III berkaitan layanan terhadap tawanan perang, dan kemudiannya terbabit dalam konflik bersenjata dengan negara B yang turut menyertai konvensyen yang sama. Negara A akan melayan tawanan perang dari negara B dengan baik mengikut peruntukan konvensyen tersebut kerana negara B juga dikehendaki oleh konvensyen untuk melayan tawanan perang dari negara A dengan baik. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan undang-undang perang Islam seperti yang ditunjukkan oleh Salahuddin al-Ayubi. Walaupun tentera salib membunuh tawanan perang Muslim, beliau telah melayan tawanan perang Kristian dengan baik, tidak memaksa mereka memeluk agama Islam, dan membenarkan mereka ditebus untuk bebas. Al-Quran dan Sunnah memerintahkan Muslim melayan tawanan perang dengan baik, walaupun musuh tidak melakukan perkara yang sama terhadap tawanan perang Muslim.

Kembali ke atas