Pertempuran Bannockburn ialah salah satu
pertempuran paling penting dalam sejarah
Scotland . Ia berlaku di Bannockburn, Scotland, pada
tahun 1314. Dalam pertempuran itu, rakyat Scotland
menyelamatkan negara mereka daripada
pemerintahan asing dengan mengalahkan tentera
Inggeris di bawah Raja Edward II. Robert Bruce
menaiki takhta Scotland dengan kemenangan ini.
Jumlah tentera Inggeris melebihi tentera Scotland,
tetapi pertahanan Scotland bertempur dari
kedudukan yang lebih baik, sedangkan pihak
Inggeris terlalu terhimpit untuk menggunakan
sepenuhnya jumlah tentera mereka yang lebih
besar. Pihak Scotland menghentikan kemaraan
orang Inggeris dengan menggali lubang di
sepanjang garisan serangan. Orang Inggeris
melarikan diri setelah mengalami kekalahan teruk.