Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 sudah dihimpit; terapit; tersepit; tertindih: Benda itu ~ di celah kayu. 2 ki mengalami kesusahan; tertekan; tertindas: Kehidupannya ~ oleh kemiskinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
himpit
Kata Terbitan : berhimpit-himpit, menghimpit, terhimpit, himpitan,

Peribahasa

Sepuluh batang bertindih,
     yang di bawah juga yang luluh = terhimpit.

Bermaksud :

Biarpun banyak menerima pertolongan orang pada waktu peralatan kahwin tetapi yang menanggung kerugian ialah orang yang mengadakannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
umbilical cord compressionmampatan tali pusatKejururawatanTiadaKeadaan tali pusat terhimpit antara kepala bayi dengan pelvis ibu yang boleh mengakibatkan anoksia.
ice, pressure syn. ice, screwais tekananHidrologiTiadaIstilah umum bagi ais terapung yang telah terhimpit dan di setengah tempat bertolak ke atas. (SPRI)
obliteratehapus; obliteralBiologiTiada1. Tidak jelas atau bercantum, seperti tanda-tanda pada serangga.,2. Terhimpit atau tertekan.
volcanic domekubah gunung berapi; kubah volkanoGeologiTiadaBentuk volkano yang terdiri daripada jisim lava likat yang bundar yang terhimpit keluar dari bukaan dan membentuk jisim lava pekat berbentuk kubah di atas dan di sekeliling lohong volkano.
flame structurestruktur nyalaGeologiTiadaStruktur endapan yang terdiri daripada gumpalan lumpur yang berupa bentuk gelombang atau nyala, yang telah terhimpit secara tidak sekata ke atas lapisan yang menindih.
mechanical damagekerosakan mekanikalTeknikElektrikKecacatan, gangguan atau kebinasaan sesuatu peranti, kabel, atau alat tambah yang disebabkan oleh tindakan mekanikal, sepeti terkepit, terhimpit, terpijak, terjatuh, dan terketuk.
sphygmomano-metersfigmomanometerBiologiFisiologiAlat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah. Biasanya alat ini terdiri daripada pundi yang digunakan dengan cara melingkari tangan dan kemudian dimasukkan udara sehingga mencengkam tangan tersebut. Ini menyebabkan saluran darah terhimpit dan tekanan darah seseorang boleh diketahui dengan melihat pada meternya. Dengan menggunakan alat ini, tekanan sistole dan diastole seseorang dapat diketahui.
ultimatumkemuktamadanSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan terakhir yang diberikan kepada seseorang atau sesuatu pihak bagi mendesak pihak tersebut memilih atau membuat satu keputusan muktamad yang tidak ada tolak ansur lagi. Kata dua ini meletakkan sesuatu pihak tersebut terhimpit dengan ruang pemilihan yang sangat terbatas. Contohnya, penyalahgunaan kuasa Presiden Amerika Syarikat, Bush yang memberi kata dua kepada Presiden Iraq Saddam Hussein untuk menghapuskan senjata pemusnah atau akan diserang. Sinonim kata dua.
oppressionpenindasanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menguasai dan mengambil keuntungan oleh pihak yang lebih berkuasa terhadap golongan yang lebih lemah. Golongan berkuasa melakukan pemerasan dengan memerah tenaga buruh atau mendapatkan sebarang khidmat golongan lemah untuk kepentingan mereka. Penindasan boleh berlaku dalam pelbagai aspek seperti politik, budaya, ekonomi, sosial dan pendidikan. Melalui penindasan ini, golongan atasan mendapat keuntungan yang tinggi manakala golongan bawahan hidup dengan lebih terhimpit, tidak diberi peluang yang sama, hak yang sepatutnya dan disekat kebebasan berpolitiknya. Contohnya, golongan Kulak (Rusia), Zamindar (India), Komprador (Amerika Latin) dan Kapitalis (Great Britain) menindas golongan buruh dan petani dalam masyarakat masing-masing.

Kembali ke atas