2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita mengisi masa kerana masa itu emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil seperti peribahasa; Melentur biarlah waktu rebung. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal ehwal dunia dan tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung kerana walaupun sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang kepada mereka untuk bertemu antara satu sama lain seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk seperti bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua adalah dengan menyayangi mereka agar mendapat kebaikan yang terpermanai. 9.Masyarakat berbilang bangsa hidup dengan aman dan gembira dalam sebuah negara yang harmoni. 10.Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta hidup dengan penuh adat istiadat,beretika, saling berkunjung dan saling membantu dalam apa jua keadaan untuk mencapai negara yang bertamadun.
Thanks for clicking. That felt good.