Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Terikat kaki tangan.

Bermaksud :

Sudah tidak berkuasa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
price followerspengikut hargaEkonomiTiadaFirma-firma dalam pasaran yang terbuka kepada persaingan yang tidak berkuasa mempengaruhi harga dan hanya mengikut sahaja harga yang ditetapkan oleh firma yang menjadi pemimpin harga, atau jika tidak, akan keluar sahaja daripada persaingan tersebut.
minorityminoritiSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang lebih kecil berbanding dengan kelompok lain dalam sesebuah masyarakat. Dalam konteks sosial dan politik, minoriti tidak membawa makna bilangan sahaja tetapi juga kedudukannya yang lebih terpinggir, tidak mendapat keutamaan, tidak berkuasa, dan sering dieksploitasi. Golongan minoriti mempunyai semangat kekitaan dan sentimen yang kuat. Semangat ini dilahirkan sama ada melalui latar budaya, bahasa, agama, adat atau tradisi yang sama. Golongan minoriti juga terbentuk melalui penghijrahan satu kelompok ke negara lain seperti minoriti India di Malaysia atau kesan daripada struktur masyarakat yang sedia majmuk apabila kaum yang kecil saiznya dianggap sebagai minoriti seperti Melayu di Thailand dan Champa di Cambodia.
constitutional monarchypemerintahan raja berperlembagaanPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem pentadbiran beraja berasaskan perlembagaan. Raja berada di kemuncak hierarki pemerintahan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar petadbiranan sesebuah negara mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Dalam konteks ini, Raja tidak berkuasa mutlak kerana kuasa baginda dihadkan oleh Perlembagaan. Bagi melaksanakan pemerintahan, Raja tidak memegang kuasa secara langsung, tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Baginda menjalankan tugas secara simbolik dan menjadi lambang perpaduan serta tonggak kekuasaan. Pemerintahan raja berperlembagaan menetapkan raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat tersebut.

marginalizationketerpinggiranSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan seseorang, organisasi atau sesuatu kelompok itu semakin tidak penting, tidak diperhatikan atau dipedulikan. Melalui proses ini, kedudukan seseorang dalam masyarakat mula tidak signifikan dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau pengaruh. Pandangannya tidak diberi perhatian dan segala tuntutan atau kepentingannya mula diabaikan. Keterpinggiran ini lazimnya berlaku apabila individu atau kelompok itu sudah begitu lama bergerak dan tidak penting atau kerana sesuatu kesilapan yang pernah dilakukannya. la juga boleh dilakukan secara sengaja oleh pihak yang berkuasa untuk melemahkan kedudukan dan pengaruhnya. Contohnya, keterpinggiran yang dialami oleh pemimpin parti yang menghadapi dakwaan mahkamah. Pemimpin ini tidak lagi diberi perhatian oleh ahli dan pemimpin parti. Sinonim pemarginalan.
abuse of powerpenyalahgunaan kuasaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPenggunaan kuasa secara tidak sah. Situasi ini wujud apabila pihak yang memiliki kuasa menggunakan kuasa tersebut untuk mengeksploitasi keadaan atau merugikan pihak lain tanpa boleh dijustifikasikan. Penyalahgunaan kuasa juga boleh berlaku apabila pihak berkuasa tidak berusaha secara bersungguh-sungguh mengadili pihak yang menyebabkan eksploitasi, kecederaan atau kerugian kepada pihak lain.
gaggamKomunikasiTiadaArahan yang diberikan oleh pihak berkuasa secara tidak formal untuk melarang seseorang individu atau kumpulan tertentu daripada diberi liputan oleh syarikat media.
default powerskuasa ingkarUndang-undangTiadaKuasa yang boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi apabila tidak dilaksanakan oleh pihak berkuasa di bawahnya.
rejected productproduk ditolakHerbaPeraturan dan PemasaranProduk herba yang tidak diterima permohonan pendaftarannya oleh pihak berkuasa kerana tidak menepati spesifikasi kualiti dan keselamatan yang ditetapkan.
purchase noticenotis beliPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaNotis yang dikemukakan oleh pemilik tanah kepada pihak berkuasa untuk meminta pihak berkuasa berkenaan mengambil langkah membeli tanah kerana tanahnya tidak dapat digunakan dengan berfaedah.
protected varietyvarieti terlindungPertanianAgronomi

Varieti yang telah di senaraikan oleh pihak berkuasa supaya tidak boleh bertukar tangan; dijual beli atau dibawa keluar negara. Iia tertaklut kepada hak pembaik baka. Contohnya bijibeneh betik eksotika (F1) tidak boleh dijual di luar negara.

123456789

Kembali ke atas