Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata -fobia

Puisi
 

Hujan panas berderai-derai,
     Derai mula dari hulu;
Di sini kita bercerai,
     Di akhirat kita bertemu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seperti badak terentak.

Bermaksud :

Orang tambun dan hodoh.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD TERPERINCI BAHASA KESAT,PUNCA PENGGUNAANNYA DAN KESAN YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAANNYA TERUTAMA KEPADA PELAJAR.TERIMA KASIHmar-7886, Jika sdr. perlukan jawapan secara terperinci sila dapatkan buku yang pelbagai tajuk yang membincangkan perkara ini. namun secara ringkasnya punca daripada pertanyaan saudara ialah kurangnya pengetahuan tentang kesantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekarang. Kesannya tentulah memperlihatkan keidaksantunannya remaja dalam setiap tingkah laku yang dilakukan.Makna31.07.2007
Adakah kosa kata "cincai" telah menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu?Perkataan cincai turut dirakam dalam kamus sebagai kosa kata bahasa Melayu, tetapi ia merupakan bahasa percakapan dan bukan bahasa standard.Lain-lain13.08.2007
Hi, apakah podcast dalam bahasa Melayu? Podkas?'Podcast' bermaksud 'fail media digital'.Istilah11.08.2007
contoh-contoh sajak yang menggunakan bahasa verbal dan nam-nama buku yang boleh digunakan sebagai rujukanSecara umum, semua puisi menggunakan bahasa verbal. A. Ghafar Ibrahim telah memperkenalkan konsep puisi tri-v, iaitu akronim daripada vokal, verbal dan visualn. Saudari boleh membuat rujukan awal di majalah Dewan Sastera, Januari 2006 atau datang ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP, KL.Lain-lain12.08.2007
APAKAH PERKATAAN YANG MEMBAWA MAKSUD PUISI PANJANG YANG MENYANJUNG SESEORANG?OdaLain-lain13.08.2007
saya pelajar uitm shah alam .saya ingin membuat temu janji untuk membuat kajian mengenai bahasa rojak dalam pengiklanan..... siapa pegawai yang sesuai untuk saya membuat kajian,Bagi membantu, saudara boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM) bagi mendapatkan bahan-bahan berkaitan perkara ini. Saudara boleh membuat rujukan pada majalah-majalah dan buku-buku terbitan DBP dan bahan boleh diperoleh daripada rujukan tersebut.Lain-lain08.08.2007
apakah maksud patriotik dan patriotisme?patriotik bermaksud bersifat patriot manakala patriotisme bermaksud perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air.Makna11.08.2007
"Adakah ...................sudah menyiapakan kerja rumah yang saya berikan semalam? tanya Cikgu Zamzarina kepada murid-muridnya. Apakah jawapan bagi soalan di atas ? Anda, awak atau kamu? Apakah perbezaan ketiga-tiganya. Nyatakan contoh penggunaan dalam ayat atau situasi.Ketiga-tiga jawapan (anda, awak, kamu)yg diberi adalah betul tetapi yg paling tepat ialah kamu kerana kamu selain berfungsi sbg kata ganti diri kedua awak, engkau; juga membawa makna sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua; dlm cth ayat yg diberi murid-muridnya. Anda dan awak sama sama fungsinya, kata ganti nama diri keduaTatabahasa13.08.2007
perkataaan kailima sepatutnya? kaki lima@kakilimaEjaan yang betul ialah kaki lima.Ejaan11.08.2007
suratkhabar rapat atau jarak. dibunuh atau di bunuhEjaan yang betul ialah surat khabar dan dibunuh.Ejaan10.08.2007
12345678910...

Kembali ke atas