Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata -ku

Puisi
 

Hujan ribut mencuci kain,
     Belum kering bertolak ke tanah;
Bila tuan sedang bermain,
     Kamilah pula kena fitnah


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seperti badak terentak.

Bermaksud :

Orang tambun dan hodoh.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti bangau kasihkan kerbau.Bersahabat kerana ada kepentingan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti badak terentak.Orang tambun dan hodoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sambil menyelam minum air.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam termakan rambut.Bunyi nafas yang sesak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam patuk (= mematuk) anaknya.Menghukum anak: bukan untuk menyiksa, tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam makan rumput.Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam gadis bertelur.Mengerjakan sesuatu pekerjaan terhenti-henti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam berak kapur.Rupa pucat kerana menghidap penyakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti aur ditarik songsang.Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas