Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ante meridianante meridianMatematikTiadaSingkatan a. m. Waktu di antara pukul 12:00 tengah malam sehingga 12:00 tengah hari. ;Bandingkan post meridian.
post meridianpost meridianMatematikTiadaSingkatan p.m. Waktu di antara pukul 12:00 tengah hari sehingga 12:00 tengah malam. Bandingkan ante meridian.
noon clausefasal tengah hariPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam kontrak insurans yang menyatakan bahawa perlindungan insurans mula berkuat kuasa pada jam 12.00 tengah hari di lokasi harta pihak yang diinsuranskan. Walau bagaimanapun, kini kebanyakan polisi insurans harta telah menggunakan waktu penguatkuasaan pada 12.00 tengah malam hingga 1.00 pagi.
transition timemasa peralihanKomunikasiKorporatPertukaran waktu siaran dalam media elektronik khususnya di radio berdasarkan kelompok masa siaran dalam sehari. Kelompok masa ialah pembahagian masa siaran mengikut aktiviti khalayak dalam sesuatu budaya. Contohnya, masa peralihan di Malaysia, bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa siaran pagi, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah masa siaran lewat pagi, pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang ialah masa siaran tengah hari, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang ialah masa siaran awal petang, pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam ialah masa siaran petang, pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam ialah masa lewat petang atau malam, pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam ialah masa siaran malam, pukul 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi ialah masa lewat malam, dan pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi ialah masa awal pagi. Pembahagian masa peralihan ini ditentukan berdasarkan aktiviti khalayak di sesebuah negara. Tempoh siaran dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa perdana bagi stesen radio bergerak kerana jumlah pendengar radio adalah tinggi dan selepas tempoh itu, jumlah khalayak mulai berkurangan sehingga pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Masa peralihan merupakan panduan kepada para pengiklan untuk membeli ruang siaran dan menentukan kos pembiayaan bagi sesuatu iklan.
guest nightsekali inapPentadbiran PerniagaanTiadaKiraan inapan pelanggan untuk satu hari satu malam, contohnya pelanggan mendaftar masuk pukul 12.00 tengah hari dan keluar pada pukul 12.00 tengah hari keesokan harinya.
room nightsekali inapPentadbiran PerniagaanTiadaKiraan inapan pelanggan untuk satu hari satu malam, contohnya pelanggan mendaftar masuk pada pukul 12.00 tengah hari dan keluar pada pukul 12.00 tengah hari keesokan harinya.
bed nightsekali inapPentadbiran PerniagaanTiadaKiraan inapan pelanggan untuk satu hari satu malam, contohnya pelanggan mendaftar masuk pada pukul 12.00 tengah hari dan keluar pada pukul 12.00 tengah hari keesokan harinya.
guest daysekali inapPentadbiran PerniagaanTiadaKiraan inapan pelanggan untuk satu hari satu malam, contohnya pelanggan mendaftar masuk pada pukul 12.00 tengah hari dan keluar pada pukul 12.00 tengah hari keesokan harinya.

Kembali ke atas