Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
dikuasakanraised to a powerPerihal nombor didarabkan dengan dirinya sendiri mengikut bilangan yang tercatat di sudut kanan atas nombor tersebut. Contohnya, 2 dikuasakan 3 ditulis sebagai 2³ = 2 × 2 × 2 = 8.Menengah Atas
pemfaktoran perdanaprime factorisationProses mengungkapkan sesuatu nombor sebagai hasil darab faktor-faktor perdananya. Contohnya, pemfaktoran perdana 48 ialah 2 × 2 × 2 × 2 × 3 = 24 × 3.Menengah Rendah
faktorfactorNombor bulat yang membahagikan suatu nombor dengan tepat. Contohnya, 12 ÷ 2 = 6, 12 ÷ 6 = 2. 2 dan 6 adalah antara faktor bagi 12.Menengah Rendah
puncarootPerihal nombor yang didarabkan dengan nombor itu sendiri, pada kadar tertentu, akan menghasilkan nombor yang diberi. Contohnya, punca kuasa dua bagi 4 ialah 2 kerana 2 × 2 = 4.Menengah Rendah
nombor genapeven numberInteger yang boleh dibahagi tepat dengan angka 2. Contohnya, − 4, −2, 0, 2, 4, ...Menengah Atas
sifat kalis agihandistributive propertySifat operasi pendaraban yang membolehkan hasil pendaraban terhadap satu set nombor sama dengan hasil darab nombor ahli set tersebut secara berasingan. Contohnya, 2 (3 + 4) = 2 × 3 + 2 × 4.Menengah Atas
nombor genapeven numberNombor yang boleh dibahagi dengan 2. Contohnya, 2, 4, 6, 8, ... .Menengah Rendah
ganda duadoubleHasil mendarabkan sesuatu angka dengan 2. Contohnya, 5 x 2 bersamaan 10. Oleh itu, 10 merupakan ganda dua bagi 5.Menengah Rendah
ketaksamaan kuadratikquadratic inequalityKetaksamaan yang melibatkan ungkapan kuadratik seperti ax2 + bx + c > 0, ax2 + bx + c < 0, ax2 + bx + c ≥ 0 dan ax2 + bx + c ≤ 0, dengan a≠ 0, a, b dan c ialah pemalar.Menengah Atas
tidak kurang daripadanot less thanPerihal nilai suatu nombor yang lebih besar daripada atau sama dengan nilai suatu nombor lain. Simbolnya ialah ≥. Contohnya, nombor 2, 3 dan 4 tidak kurang daripada 2 atau x ≥ 2.Menengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas