Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
molekul dwiatomdiatomic moleculeMolekul yang terdiri daripada dua atom sahaja. Contohnya, hidrogen (H2), oksigen (O2), klorin (Cl2) dan hidrogen klorida (HCl).Menengah Atas
oksida berasidacidic oxideSebatian oksida bukan logam, seperti SO2 atau P2O5, yang menghasilkan larutan berasid apabila bertindak balas dengan air.Menengah Atas
hidrogen peroksidahydrogen peroxideCecair likat yang tidak berwarna, larut dalam air dan alkohol. Formulanya, H2O2 .Menengah Atas
strukturstructure1. Sesuatu yang dibina atau dibentuk. 2. Bahagian daripada sesuatu binaan dan lain-lain.Sekolah Rendah
katodcathode1. Elektrod negatif dalam sel elektrolisis. 2. Terminal positif sel kimia.Menengah Atas
fluks magnetmagnetic flux1. Garis medan magnet. 2. Kekuatan medan magnet pada keluasan tertentu. Fluks magnet diukur dalam unit weber (Wb). Lihat RajahMenengah Atas
anodanode1. Elektrod positif dalam sel elektrolisis. 2. Terminal negatif pada sel kimia.Menengah Atas
medulamedulla1. Bahagian tengah atau empulur batang tumbuhan. 2. Bahagian tengah sesuatu organ atau tisu. Contohnya, bahagian tengah ginjal, dan sumsum tulang.Menengah Atas
malamnight1. Waktu sesudah matahari terbenam sehingga matahari terbit. 2. Waktu permukaan bumi mengalami kegelapan kerana tidak menerima cahaya matahari.Sekolah Rendah
kakifeet1. Ukuran panjang yang panjangnya dua belas inci. 2. Panjang satu kaki. Lihat RajahSekolah Rendah
12345

Kembali ke atas