Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUNCA KUASA DUA

Punca kuasa dua bagi sesuatu nombor ialah

nombor kedua yang jika didarabkan dengan

dirinya sendiri akan menghasilkan nombor yang

asal. Misalnya, punca kuasa dua bagi 4 ialah 2,

kerana 2 X 2 = 4. Simbol untuk punca kuasa dua,

dikenali sebagai tanda radikal , . Misalnya

25 = 5 dan 4 = 2. Nombor negatif –2, juga

merupakan punca kuasa dua bagi 4, kerana

2 X –2 = 4. Setiap nombor yang positif mempunyai

punca kuasa dua positif dan negatif. Kedua-dua

punca kuasa dua ini selalunya mempunyai nilai

nombor yang sama.

UMUM 
AIR BERAT

Air berat (formula kimia D2O atau 2 H2O) ialah air

yang mengandungi isotop hidrogen berat yang

dinamakan deuterium (simbol kimia D) yang

menggantikan hidrogen biasa. Atom deuterium

mempunyai jisim kira-kira dua kali ganda atom

hidrogen biasa. Air berat juga dinamakan

deuterium oksida .

UMUM 
PERATUSAN

Peratusan merujuk kepada pengiraan yang

melibatkan perseratus. Anda tentu biasa melihat

nombor-nombor seperti 2%, 30% dan 75%. Simbol %

tersebut bermakna peratus. Anda juga mungkin

terbaca “2 peratus”, “30 peratus”, “75 peratus”, dan

sebagainya. Peratus bermakna per seratus. 2%

bermakna 2 per seratus, 30% bermakna 30 per

seratus, dan 75% bermakna 75 per seratus. Peratus

sebenarnya ialah pecahan biasa : 2% ialah 2/100, 30%

ialah 30/100, dan 75% ialah 75/100 . Peratus juga ialah

pecahan perpuluhan : 2% bersamaan 0.02, 30% bersamaan

0.30, dan 75% bersamaan 0.75.

UMUM 
ASETILENA

Asetilena ialah gas yang tidak berwarna dan

mudah menyala, biasanya digunakan untuk

membuat kerja kimpalan dan untuk menghasilkan

sebatian kimia lain. Formula kimianya ialah C 2 H 2 .

Asetilena juga menjadi racun sekiranya terhidu.

Gas ini juga akan meletup apabila bercampur

dengan udara. Ahli kimia Inggeris, Edmund Davy,

mula mengeluarkan asetilena dalam tahun 1836.

Namun gas ini dilupakan hingga tahun 1860,

apabila ahli kimia Perancis, Marcelin Berthelot,

menemui satu cara untuk mensintesis gas ini

daripada karbon dan hidrogen, dengan

menggunakan arka elektrik.

UMUM 
ANNE

2"> Anne (1657–1714), ratu  2">Britain yang pertama 2">selepas negara itu 2">ditubuhkan apabila

2">Scotland bersekutu 2">dengan England dan 2">Wales pada tahun 1707. 2">Baginda juga ratu Ireland.

2">Anne ialah raja 2">memerintah terakhir yang 2">berketurunan diraja Stuart.

UMUMUmum
AUSTRALIAN SECURITY INTELLIGENCE ORGANIZATION

2">Australian Security Intelligence 2"> Organization (ASIO) mengumpul dan menilai

2">maklumat yang diputuskan oleh ketua 2">pengarahnya sebagai sesuatu yang ada hubung

2"> kait dengan keselamatan negara. Sebahagian 2"> maklumat ini adalah rahsia. Peguam Negara

2">bertanggungjawab kepada Parlimen bagi pihak 2">ASIO.

UMUMUmum
E = MC 2

E = mc2 ialah formula yang dicipta oleh ahli fizik,

Albert Einstein yang secara langsung mengaitkan

jisim (jirim) dengan tenaga.

UMUM 
AUSTRALIAN BROADCASTING CORPORATION

2">Australian Broadcasting Corporation

2">(ABC)bertanggungjawab mengadakan

2">perkhidmatan televisyen dan radio kebangsaan di

2">Australia. Kebanyakan pembiayaannya bersumber

2">daripada kerajaan persekutuan Australia.

UMUMUmum
ANTARES

2"> Antares , yang juga dikenali sebagai Alpha Scorpii,

2">ialah bintang yang paling terang dalam buruj

2">Scorpius. Antares ialah bintang yang amat besar dan

2"> dikelaskan sebagai gergasi besar merah.

2">Diameternya lebih kurang 630 kali sebesar diameter

2">matahari. Walau bagaimanapun, Antares adalah jauh

2">lebih sejuk daripada matahari, dan dengan itu

2">kelihatan kemerah-merahan. Suhu permukaannya

2">hanya kira-kira separuh daripada suhu matahari.

UMUMUmum
PUNCA KUASA TIGA

Punca kuasa tiga ialah salah satu daripada tiga

faktor yang sama bagi sesuatu nombor (lihat

Faktor ). Nombor yang sama (m) diambil sebagai

faktor tiga kali akan menjadi punca kuasa tiga

nombor yang lain (n). Oleh itu, m X m X m = n.

Contohnya punca kuasa tiga bagi 2 ialah 8, kerana

2 X 2 X 2 = 8 dan punca kuasa tiga bagi –5 ialah –125,

kerana –5 X –5 X –5 = –125. Nombor nyata hanya

mempunyai satu punca kuasa tiga nyata, iaitu

nombor positif atau nombor negatif, bergantung

pada sama ada nombor yang diberikan itu positif

atau negatif. Simbol lain diletakkan di depan

sesuatu nombor untuk menandakan bahawa

puncanya hendaklah dicari , atau ditentukan.

Simbol ini dituliskan √, dan dikenali sebagai

tanda punca atau tanda radikal . Jika punca yang

hendak dicari itu ialah punca kuasa tiga, maka

angka kecil 3 hendaklah diletakkan di atas tanda

punca tadi. Jadi 3 √8 menandakan bahawa punca

kuasa tiga bagi 8 hendaklah ditentukan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas