Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
debak I Ir2. sejenis irama yang dimainkan menggunakan alat muzik Kulintangan Tring.Antara lagu yang dimainkan termasuklah bia-bia, tigad-tigad, debak, sawa dan sebagainya dan kadang-kadang diiringi muzik gendang dan gong.Bakokong Dimain untuk Hilang PenatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelakar MSr1. perbincangan. 2. perbualan.Jarang-jarang Pak Bidin mahu bersuara atau menyampuk kelakar orang kalau dia belum benar-benar bersedia.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bungkas II Ml, MSr1. marah. 2. melenting.Maka kayu bulat sebesar paha itu bungkas melantun ke atas mengikat semahu-mahunya.NgayauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lemanta, *lemantak* Ml, MSr1. tepung rumbia. 2. tepung sagu.Tiap-tiap hari tubuhnya turut berjemur dengan tepung lemanta. Tubuhnya terbiar dicubit panas terik matahari. Upahnya berapa sen cuma. Tepung lemanta tiada harga.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mowah Bd1. temujanji yang dibuat antara lelaki dan perempuan. 2. bersiar-siar. 3. menziarahi antara satu sama lain.Apakah kerana minyak guna-guna Nenek Satek? Atau antara pemuda-pemuda yang mendekati Mila, dia memang punya kelebihan? Dua hari kemudian dia datang mowah lagi, dia memberanikan dirinya bertanya. Jawapan Mila menambahkan keyakinannya.Antologi PilihanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tonsotali Kd KBsejenis roh jahat yang menjelma seperti ular sawa.2. Ansoruli atau Tonsotali – Roh menjelma seperti ular sawa berbelang-belang yang berbagai warna.Sepintas Lalu Mengenai Adat istiadat Dusun/Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bedurok, *durok* Ib, MSr1.  berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong.Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ansoruli Kd KBsejenis roh jahat yang menjelma seperti ular sawa.2. Ansoruli atau Tonsotali – Roh menjelma seperti ular sawa berbelang-belang yang berbagai warna.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berambih, *berambeh* Ml, MSr, Sk1. bertandang ke rumah saudara mara untuk beberapa hari. 2. tinggal bersama-sama orang lain buat sementara. 3. makan bersama-sama di sesebuah rumah (keluarga, kawan, jiran).Padil memang tidak pandai membawa diri.Kakaknya sendiri pun tidak sanggup menerimanya, membawa keluarganya untuk berambih walaupun semalam dua cuma.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kejarut, *bejarut* MSrkusut, berserabut.Berkeriut bunyi tali galas mencekik tajuk; disusuli bunyi kocakan air diterjah kaki dayung selebar 2 sentimeter. Anjang Husin terasakan paduan bunyi yang kejarut itu seolah-olah irama lagu kesengsaraan yang menguliti hidupnya sekeluarga.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas