Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 3D


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamuaikum, boleh sahkan ejaan yang sebenar 3D (tiga dimensi) atau 3D (3-Dimensi)? Istilah ini digunakan dalam bidang seni grafik. terima kasih.Ejaan yang betul ialah 3D (tiga dimensi), contohnya audio 3D (tiga dimensi). Istilah18.10.2014
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah "3D artist", iaitu seorang yang bekerja membuat grafik 3D. Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi 3D artist ialah "Pelukis Reka Bentuk Tiga Dimensi"Makna23.01.2022
Ziyad Razali RAB 3.55 PTG salam saya nk tanya percetakan 3D boleh dipakai ke dlm tesis saya sebagai bahasa melayu standard?Salam, Percetakan 3D boleh digunakan dalam penulisan.Lain-lain27.09.2017
Sharkawi Che Din Apr 30th, 1:54pm Assalamualaikum, Mohon dimajukan kepada pegawai yang berkenaan. Saya ingin bertanyakan penyata jualan 2014 untuk buku-buku seperti yang disenaraikan: Animasi 3D: Asas Membina Model dan Teknik Animasi (2006) Animasi dan Reka Bentuk Penerbitan Tingkatan 4 & 5 (2007) Animasi 3D (Cetakan ke 2: 2006) Terima kasih Dr Sharkawi Che DinKami tidak dapat memanjangkan soalan YBhg. Dr. kepada pihak berkenaan kerana tiada maklumat dalam ruangan "Maklumat Pelanggan". Mohon YBhg. Dr. menghubungi Azhar Mohamad Dora, Ketua Bahagian Pemasaran, DBP melalui talian 03-41012328 atau e-mel azhar@dbp.gov.my.Lain-lain30.04.2015
Bagaimanakah cara penulisan 3D? 3-dimensi atau 3 dimensi? Terima kasih.Cara penulisan yang betul ialah 3 dimensiLain-lain23.11.2018
Apakah istilah bahasa melayu 'rendering' yang sesuai untuk digunakan dalam ayat berikut: "Menghasilkan animasi 3D akhir melalui proses rendering animasi"Salam sejahtera,

Tuan,

Tiada padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "rendering"  dalam proses animasi. Tetapi dalam bidang kesenian terdapat istilah finished rendering- kemasan siap. Jadi, kami mencadangkan padanan dalam bahasa Melayu kemasan - rendering jika berkaitan dengan proses yang dinyatakan.

Sekian, terima kasih.
Istilah22.10.2018
Assalamualaikum, apakah maksud "gameplay" dan "render" dalam bahasa Melayu? Perkataan-perkataan ini berkaitan permainan video. Bagi perkataan "gameplay", ayatnya seperti "Minecraft gameplay" ataupun "gameplay" bagi sesuatu permainan video. "Minecraft" ialah sebuah permainan video. Bagi perkataan "render" pula, boleh dikaitkan dengan frasa "render distance" ataupun jarak permainan itu di'render' atau kelihatan. Sama juga dengan frasa "3D rendering". Harap huraian saya cukup jelas. Sekian, terima kasih. Saya ingin menterjemahkan sebuah permainan video kepada bahasa Melayu dan saya menggunakan laman web ini sebagai rujukan utama tetapi saya tidak menemui maksud "gameplay" dan "render". Harap tuan/puan boleh membantu.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi "gameplay" ialah ciri-ciri permainan berdasarkan konteks penggunaan tuan.
 
Bagi perkataan "render", terdapat pelbagai istilah bahasa Melayu yang boleh dipadankan mengikut kesesuaian. Sila rujuk carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) berkaitan perkataan "render"
 http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=render&d=69812&#LIHATSINI 
Istilah10.10.2019
Boleh saya tahu macam mana untuk saya dapatkan bahan rujukan untuk dialek contoh seperti kamus dialek. Saya memerlukan untuk dialek kelantan

Salam sejahtera,

Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil  penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my//

untuk makluman, kamus dialek tersebut ada dalam stok seperti lampiran.

Untuk rujukan, boleh disemak melalui capaian http://pustakav2.dbp.gov.my/ atau ke perpustakaan DBP, iaitu:

Pusat Dokumentasi Melayu,
Aras 3, Menara DBP,
50460 Kuala Lumpur.
No. Tel.: 03-2147 9660

3d; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;">
3d; backface-visibility: hidden;">

  

 

Lain-lain10.03.2020

Kembali ke atas