Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n Algeria. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Algeria


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORAN

Oran (pend. 663 504) merupakan pelabuhan Laut

Mediterranean di Algeria. Oran terletak kira-kira

360 kilometer di barat Algeria (lihat Algeria [peta]).

Oran menjadi tempat untuk menjalankan

perdagangan dengan bandar pedalaman Afrika

dan pelabuhan di selatan Eropah. Ia dibina oleh

orang Moor, dan sesetengah bangunan lama yang

melihatkan pengaruh Moor masih berdiri megah.

Bandar ini telah ditakluki oleh orang Sepanyol

pada tahun 1509, orang Turki pada tahun 1708,

dan sekali lagi oleh orang Sepanyol pada tahun

1732. Sepanyol meninggalkan Oran pada tahun

1791 setelah bandar ini musnah akibat gempa

bumi. Pada tahun 1831, orang Perancis membina

semula Oran. Tentera Amerika membuat

pangkalan di sana semasa Perang Dunia II.

UMUM 
ALGERIA

Algeria ialah negara besar yang terletak di utara

Afrika. Antara kesemua negara di Afrika hanya

Sudan lebih besar daripada Algeria.

UMUM 
ALGIERS

Algiers (pend. 1 721 607) ialah ibu negara dan
bandar terbesar di Algeria. Ia juga merupakan pusat
perdagangan dan kewangan. Bandar ini terletak di
utara Algeria, di pinggir Laut Mediterranean. Untuk
lokasi, lihat Algeria (peta).

UMUMUmum
NUMIDIA

Numidia ialah kawasan di utara Afrika pada

zaman purba. Ia meliputi sebahagian Algeria kini.

Numidia bersekutu dengan Carthage yang

berjiran dengannya apabila Perang Punic Kedua

antara Carthage dengan Rom yang bermula pada

tahun 218 S.M. Tetapi, Massinissa, ketua kaum

Numidia , berpihak kepada jeneral Rom, Publius

Cornelius Scipio. Sebagai balasan kerana

menjadi sekutu Scipio, Massinissa diberi

ganjaran wilayah dan menjadi raja bagi seluruh

Numidia kira-kira pada tahun 200 S.M. Pada

tahun berikutnya, orang Numidia membantu

Scipio mengalahkan orang Carthage, yang

diketuai oleh Hannibal, di Zama yang terletak di

utara Afrika.

UMUM 
ADDAKS

Addaks ialah kijang yang hidup di gurun Afrika

Utara. Ia merayau dari timur Algeria hingga ke

Sudan. Addaks menyerupai saudara rapatnya, orks.

UMUM 
MALIK IBN NABI

Malik ibn Nabi (1323 H.–1393 H./1905 M.–1973

M.) ialah pemikir Algeria yang terkenal. Dia

merupakan salah seorang pemikir

Islam yang mengemukakan pandangan mereka

untuk membangunkan negara Islam berpandukan

ajaran al-Qur’an supaya bebas daripada

perselisihan faham dan taklid semata-mata. Malik

ibn Nabi seorang yang amat mementingkan masa

yang dianggap sebagai laluan utama sejarah

kemasyarakatan.

UMUM 
SAHARA BARAT

Sahara Barat ialah sebuah kawasan di pesisir

barat laut benua Afrika yang terletak di antara

Maghribi, Algeria, Mauritania dengan Lautan Atlantik.

Sahara Barat pernah dikenali sebagai Gurun

Sepanyol. Kawasan ini adalah di bawah jajahan

Sepanyol pada awal tahun 1500-an dan sekali lagi

dari tahun 1860 hingga 1976. Sahara Barat

memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol. Sejak

itu, peperangan terus berlaku antara puak

pembebasan tempatan gurun yang dikenali sebagai

Polisario Front yang menganggap gurun tersebut

negara berasingan dan mereka menolak untuk

bersatu dengan Maghribi kerana menganggap gurun

tersebut adalah sebahagian daripada negara mereka.

UMUM 
NEGERI-NEGERI BARBAR

Negeri-negeri Barbar, dahulunya terletak di

sepanjang pantai Afrika Utara. Kawasan ini kini

merupakan sebahagian daripada Algeria, Libya,

Maghribi, dan Tunisia. Istilah Barbar iaitu nama

golongan orang yang merupakan sebahagian

besar penduduk Afrika Utara, berasal daripada

perkataan Latin barbar. Barbar merupakan nama

yang diberikan pada zaman Rom kepada

golongan orang yang tinggal di pinggir Empayar

Rom.

UMUM 
ZOUAVES

Zouaves ialah askar rejimen infantri tertentu

dalam Angkatan Tentera Perancis. Nama Zouave

berasal daripada puak Zouaoua Kabyles di Algeria,

yang merupakan rekrut Zouaves – Perancis yang

pertama pada tahun 1830.

UMUM 
BOUMEDIENNE, HOUARI

Boumedienne, Houari (1347–1399 H/1928–

1979 M) ialah presiden Republik Algeria dari tahun

1960-an hingga tahun 1970-an. Nama sebenarnya

ialah Mohamed Boukhrouba. Dia ialah seorang

ahli politik berketurunan Algeria, lahir di Guelma

di daerah Qasantinah, Algeria.

UMUM 
12

Kembali ke atas