Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n Algeria. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Algeria


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Algerian lacerenda AlgeriaKesenianTiadaRenda yang dihias dengan benang gimpal.
tehlilafabrik tehlilaKesenianTiadaFabrik sahhlat dari Algeria yang kasar dan tebal. Berwarna merah, digunakan untuk membuat sebai.
Disgrace of GijonKeaiban GijonSukanTiadaPenyingkiran Algeria dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia di Gijon, Sepanyol pada tahun 1982 dengan aturan perlawanan secara sengaja yang melayakkan Jerman Barat dan Austria ke perlawanan seterusnya.
tekkatali tekkaKesenianTiadaTali pintal kemili daripada benang sayat dari Algeria, berwarna polos, dipakai untuk mengikat seluar oleh laki-laki Arab.
esparto grassrumput espartoGeografiTiadaSejenis rumput panjang yang di tanam di Algeria, Tunisia, dan di selatan Sepanyol.
Zouave jacket (zoo-ahv)jaket ZouaveKesenianTiadaJaket wanita paras pinggang jenis bolero, berkancing di leher, bahagian sisinya melengkung dan bertrimin di hadapan dan berlengan tiga suku panjang kembang ala pakaian tentera Algeria yang diilhamkan oleh Zouave semasa peperangan di Itali pada tahun 1859. Popular pada tahun 1859 hingga 1870-an dan kemudian dipopularkan semula pada tahun 1890-an. Pada tahun 1860-an jaket ini juga menjadi pakaian kanak-kanak.
Zouave uniformpakaian seragam ZouaveKesenianTiada1. Pakaian seragam oriental yang terdiri daripada jaket paras pinggul, tanpa butang, berwarna biru kelasi, dipakai bersama seluar merah ala seluar Aladin, but hitam pendek dan putis. Dipakai bersama sash biru, serban hijau dan merah yang berambu biru. Pakaian tentera Perancis di Algeria.,2. Pakaian seragam yang sama stailnya dengan kumpulan askar tetapi berwarna lain untuk askar suka rela semasa perang sivil di Amerika.
asylum (politic)suaka politikSains PolitikHubungan AntarabangsaPeraturan dalam sistem hubungan antarabangsa yang membenarkan sesebuah negara memberikan perlindungan kepada warganegara asing yang melarikan diri atas alasan politik. Hak perlindungan ini tertakluk kepada budi bicara negara pemberi perlindungan. Pengisytiharan hak asasi manusia oleh PBB juga memperakukan hak suaka politik kepada semua pelarian politik. Contohnya, Mesir memberikan suaka politik kepada pejuang kemerdekaan Morocco dan Algeria semasa penjajahan Perancis.
world musicworld musicMuzikTiada

Muzik popular yang mencantumkan idiom muzik popular Amerika Syarikat dan Eropah dengan elemen muzik Afrika, Amerika Latin, India dan negara lain. World music ini diperkenalkan oleh syarikat muzik transnasional di Amerika Syari­kat dan Eropah untuk memasarkan muzik tersebut pada tahun 1980-an. Contoh world music termasuklah reggae (Jamaica), rai (Algeria), highlife (Ghana), bhangra (India) dan qawwali (Pakistan). Di Malaysia, penyanyi pop yang dipengaruhi muzik jenis ini ialah Zainal Abidin, Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza yang menggabungkan idiom pop dengan elemen muzik dan alat muzik Melayu. Muzik Tuku Kame dan Sayu Ateng dari Sarawak yang menggunakan alat muzik dan ele­men muzik berbagai-bagai kaum di Sarawak juga diklasifikasikan sebagai world music. Sinonim world beat.


Kembali ke atas