Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. segala pujian bagi Allah; 2. ungkapan menandakan rasa syukur: ~, kita telah mendapat kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 segala puji bagi Allah. 2 kata seru utk menyatakan ‘syukur’. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Alhamdulillah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-KAHFI

Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 110 ayat. Surah

ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana

kandungannya menceritakan mengenai mukjizat

Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib,

iaitu kisah Ashab al-Kahf. Surah ini adalah surah

Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah

dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima

surah yang bermula dengan perkataan

(alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan

(alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah, al-An’am,

Saba, dan Fatir. Surah al-Kahfi bermula dengan

pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya,

pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta

kesempurnaan-Nya.

UMUM 

Kembali ke atas