Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Amerika Selatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMERIKA SELATAN

Amerika Selatan ialah benua keempat

terbesar selepas Asia, Afrika, dan Amerika Utara

dari segi keluasan dan yang kelima selepas Asia,

Eropah, Afrika, dan Amerika Utara dari segi

jumlah penduduk. Amerika Selatan meliputi kira-kira

12 peratus daripada keseluruhan daratan

dunia dan menampung kira-kira enam peratus

daripada keseluruhan penduduk dunia. Benua ini

terbahagi kepada 12 negara merdeka dan dua

unit politik yang lain.

UMUM 
RHEA

Rhea ialah burung besar di Amerika Selatan yang

tidak boleh terbang. Ia kelihatan seperti burung

unta yang kecil, dan sering dikenali sebagai

burung unta Amerika Selatan . Tetapi, burung ini

mempunyai tiga jari kaki pada setiap kaki,

manakala burung unta mempunyai dua jari kaki.

Rhea juga mempunyai sayap yang lebih besar dan

lebih banyak bulu di leher dan di kepalanya

daripada burung unta (lihat Burung unta ). Rhea

biasa tingginya kira-kira 1.5 meter dan beratnya

lebih kurang 25 kilogram.

UMUM 
SURINAM

Surinam ialah negara di pantai timur laut

Amerika Selatan. Gunung-ganang yang diliputi

hutan hujan merangkumi lebih kurang 80 peratus

daripada Surinam dan kebanyakan penduduknya

tinggal di kawasan datar pantai. Ia merupakan

negara terkecil di Amerika Selatan, dari segi

keluasan dan jumlah penduduk. Untuk mengetahui

keluasan dan jumlah penduduk Surinam, lihat jadual

Fakta ringkas dalam rencana ini. Hampir separuh

penduduknya tinggal di Paramaribo, ibu negara,

bandar terbesar dan pelabuhan utama Surinam.

Kerajaan Belanda memerintah negara ini dari tahun

1667 hingga tahun 1975 apabila Surinam mencapai

kemerdekaan. Sebelum mencapai kemerdekaan

Surinam dikenali dengan nama Guiana Belanda.

UMUM 
NUTRIA

Nutria, juga dikenali sebagai coypu , ialah

rodensia besar yang tinggal dalam air segar atau

berhampiran dengannya. Nutria berasal dari

selatan Amerika Selatan, tetapi telah

diperkenalkan ke negara-negara lain untuk

diternak bagi bulunya. Bulunya dikenali sebagai

“nutria”, iaitu perkataan Sepanyol bagi memerang.

Bulu nutria digunakan untuk membuat kot dan

sarung tangan, manakala dagingnya digunakan

untuk membuat makanan haiwan kesayangan.

UMUM 
ANI

Ani ialah nama tiga spesies burung dalam famili

cuckoo. Ani hidup di negara yang berhutan

belukar tebal, terutamanya dari Hindia Barat dan

Mexico hingga ke selatan Amerika Selatan.

UMUM 
ARGENTINA

Argentina ialah negara yang kedua terbesar dari

segi keluasan dan penduduk di Amerika Selatan.

Hanya Brazil meliputi keluasan yang lebih besar

dan mempunyai lebih ramai penduduk. Argentina

berbentuk panjang tirus dan meliputi selatan

Amerika Selatan. Ia menganjur dari Chaco Bolivia

di utara hingga ke Terusan Beagle di selatan.

UMUM 
ANACONDA

Anaconda ialah nama dua jenis ular besar yang

ditemui di Amerika Selatan yang beriklim tropika.

Anaconda juga dinamakan ular boa air. Satu

jenisnya boleh membesar sepanjang sembilan

meter atau lebih. Tetapi semua anaconda dewasa

berukuran lebih daripada 4.5 meter panjang. Tidak

ada ular yang terdapat di Amerika Selatan yang

mencapai ukuran sepanjang itu.

UMUM 
KARAKARA

Karakara ialah nama yang diberi kepada

beberapa burung besar di Amerika Selatan dan

Amerika Tengah dan selatan Amerika Syarikat.

UMUM 
TITI

Titi ialah sejenis monyet kecil di Amerika Selatan.

Ia hidup di hutan hujan tropika di Amazon, di

Lembangan Sungai Orinoco dan di timur Brazil. Titi

jantan dan betina lebih kurang sama besarnya.

Panjangnya lebih kurang 30 sentimeter hingga 40

sentimeter dan panjang ekornya 35 sentimeter

hingga 40 sentimeter. Beratnya lebih kurang satu

kilogram. Bulunya berwarna kelabu, perang

kemerahan atau hitam. Ia hidup di atas pokok dan

sekali-sekala ia turun ke tanah. Makanan utamanya

buah-buahan dan juga banyak jenis daun dan

serangga.

UMUM 
SUNGAI ORINOCO

Sungai Orinoco ialah sungai di Amerika Selatan

yang panjangnya 2066 kilometer. Ia diketahui

mempunyai dua punca, kedua-duanya di tanah tinggi

Parima di Venezuela, berdekatan dengan sempadan

Brazil. Ia mengalir ke barat daya memasuki Colombia

dan membentuk sempadan antara Colombia dengan

Venezuela. Kemudian ia melencong ke arah timur.

Kira-kira 180 kilometer sebelum sampai ke pantai, ia

terbahagi kepada banyak saluran. Untuk lokasinya,

lihat Venezuela (peta muka bumi).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas