Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negara di Amerika Utara yg ibu negaranya Washington D.C; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
syarikat (kata nama)
Bersinonim dengan badan perniagaan, perkongsian, firma, kompeni;,
Kata Terbitan : persyarikatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia adalah graduan Amerika Syarikat / Dia graduan daripada Amerika Syarikat?Untuk makluman, istilah graduan bermaksud mahasiswa atau mahasiswi yang akan menerima ijazah pada masa konvokesyen (hari penyampaian ijazah). Perkataan yang sesuai dalam konteks ini ialah siswazah yang bermaksud lulusan universiti. Ayat yang betul ialah: Dia ialah siswazah dari Amerika Syarikat.Istilah27.02.2012
Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat dari/daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat.Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat.Tatabahasa03.04.2012
Adakah terjemahan ini betul? United States Minor Outlying Islands - Negara Kepulauan Terpencil Minor Amerika SyarikatPihak kami mencadangkan terjemahan yang lebih sesuai bagi perkataan United States Minor Outlying Islands iaitu Kepulauan Kecil Terpencil Amerika Syarikat.Lain-lain13.11.2019
Assalamualaikum Tuan/Puan, Sebagai introduksi, nama saya Mohd Ayub bin Ladin. Saya seorang pelajar tajaan MARA ke Universiti Stevens di York Baru, Amerika Syarikat. Mohd Ayub ingin tanya DBP kenapa tidak ada perkataan Bahasa Melayu untuk 'United Kingdom'. Sebagai rujukan, bahasa kita sudah pun ada perkataan untuk Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Mesir dll. Bahasa kita dah semakin matang dan lengkap. Adalah agak memalukan bahawa kita masih menggunakan bahasa penjajah untuk negara UK. Mohd Ayub telahpun berbincang isu ini dengan kawan-kawan. Kita cadangkan nama 'Tanah Bersepadu' adalah translasi yang berpatutan. Sekian, Mohd Ayub bin Ladin.Untuk makluman, nama negara dan ibu kota telah dibincangkan dalam Sidang Ke-31 Majlis Bahasa Brunei Darussalam- Indonesia-Malaysia pada tahun 1992. Antara keputusannya ialah: Nama-nama negara dan ibu kota yang telah lazim digunakan dalam versi bahasa Inggeris Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah dikekalkan walaupun negara berkenaan mempunyai versi bahasanya sendiri. Nama negara dan ibu kota yang telah biasa dikenali dengan nama bahasa Melayu dikekalkan untuk penggunaan dalam konteks kebangsaan. Berdasarkan maklumat di atas, United  Kingdom dikekalkan ejaan versi bahasa Inggeris dan Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol dan Mesir diterima kerana telah biasa dikenali dalam bahasa Melayu.Lain-lain04.02.2011
Saya tidak faham kata nama khas boleh diubah seperti Amerika Syarikat (America), Penang (Pulau Pinang), Johore Johor), Klang Valley (Kuala Lumpur), Perancis (France)... perkara ini diterima pakai dalam penulisan umum.Apa yang berlaku bukanlah perubahan pada nama khas yang tersebut tetapi penggunaan dalam dua bahasa yang berbeza seperti United States of Amerika dalam bahasa Melayu ialah Amerika Syarikat, Penang dalam bahasa Melayu ialah Pulau Pinang dan Klang Valley dalam bahasa Melayu ialah Lembah Klang.Ejaan14.02.2012
Salam. Apa padanan terjemahan bagi "soul food"? "Soul food" ialah masakan etnik yang secara tradisionalnya dimasak dan dimakan oleh masyarakat Amerika Afrika di Selatan Amerika Syarikat. Mana paling sesuai antara "makanan jiwa", makanan soul (italik), makanan Amerika Afrika, dan makanan Selatan Amerika Syarikat? Ada cadangan lebih baik? Terima kasih.Cadangan perkataan bahasa Melayu yang sesuai ialah makanan Amerika Afrika. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Istilah08.07.2020
Assalamualaikum saudara, Nama saya Mohd Ayub dan saya seorang pelajar Bahasa Inggeris di Universiti Stevens di York Baru, Amerika Syarikat. Saya sedang membuat kajian terhadap laman web Mukabuku dan saya ingin tahu bagaimana saya boleh terjemaahkan perkataan 'News Feed' yang sering digunakan oleh Mukabuku. Pada permulaannya, saya guna perkataan 'Berita Makanan', tapi jelas, itu bukan kata Bahasa Melayu yang tepat dan lazim digunakan. Pertolongan tuan amat dihargai, Sekian, Mohd Ayub bin Ladin Pelajar PhD Universiti Stevens York Baru Amerika SyarikatUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk News Feed. Walau bagaimanapun dalam bidang teknologi maklumat, istilah "feed" diterjemahkan sebagai suapan.   Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk news feed ialah suapan berita.Istilah10.04.2012
Saya ingin tahu bagaimana nama Amerika Syarikat terhasil? Sedangkan dalam Bahasa Inggeris namanya United Stated of America? dan Bukan Negeri Bersatu Amerika Dan mengapa United Arab Emirates tidak diterjemahkan sebagai Emeriah Arab Syarikat.

Untuk makluman, kandungan dan garis panduan penentuan nama geografi telah disediakan dan disusun oleh jawatankuasa khas dengan merujuk panduan tertentu. Bagi nama negara di luar Malaysia, nama negara perlu dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan mengikut penyesuaian ejaan (jika perlu) berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Begitu juga nama Amerika Syarikat merupakan nama khas yang telah mantap dan telah lama digunakan, ia berbeza dengan United Arab Emirates, sekiranya diterjemahkan dalam bahasa Melayu iaitu Emiriah Arab Bersatu.

Lain-lain14.06.2021
Ayat mana satukah betul? " Kawalan rantaian jangkitan terlalu lemah di Amerika Syarikat sehingga/hingga menyebabkan berlaku gelombang kedua." Adakah gelombang ketiga dikira had atau tidak tetap hadnya? Jadi "hingga" atau "sehingga" yang tepat.Kata "hingga" dan "sehingga" boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa05.12.2020
Apa terjemahan untuk 'bourbon'? Terima kasih."Bourbon" merupakan nama tempat di Amerika Syarikat atau nama dinasti di Eropah. Kata nama khas ini tidak perlu diterjemahkan.Istilah22.07.2022
1234

Kembali ke atas