Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negara di Amerika Utara yg ibu negaranya Washington D.C; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
syarikat (kata nama)
Bersinonim dengan badan perniagaan, perkongsian, firma, kompeni;,
Kata Terbitan : persyarikatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Alabama IncidentPeristiwa AlabamaSains PolitikHubungan AntarabangsaKonflik antara Amerika Syarikat dengan Britain sewaktu perang saudara di Amerika Syarikat pada tahun 1860 hingga 1865. Konflik ini terjadi ekoran daripada penglibatan Britain yang membantu pihak konfederasi selatan Amerika Syarikat yang berperang dengan pihak utara Amerika Syarikat. Pihak Selatan mendapat bantuan kelengkapan kapal Britain terutamanya kapal Alabama. Ekoran peristiwa ini, konflik Amerika Syarikat dengan Britain berlanjutan sehingga kes ini dibawa ke mahkamah arbitrasi Geneva pada tahun 1872. Persengketaan ini tamat apabila pihak mahkamah memutuskan pihak Britain perlu membayar ganti rugi kepada Amerika Syarikat.
Monroe DoctrineDoktrin MonroeSains PolitikHubungan AntarabangsaPrinsip dasar luar Amerika Syarikat yang dinyatakan oleh Presiden James Monroe dalam perutusannya kepada Kongres Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Prinsip ini merupakan pendirian Amerika Syarikat yang tidak akan campur tangan dalam hal ehwal Eropah dan menyeru supaya negara Eropah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara di benua Amerika. Sebarang usaha oleh pihak Eropah untuk menjajah semula negara di benua Amerika seperti di Amerika Tengah dan Amerika Selatan dianggap berbahaya kepada keselamatan dan keamanan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, doktrin ini kemudiannya telah digunakan untuk menjustifikasikan imperialisme Amerika Syarikat di Hemisfera Barat.
YankeeYankeeSains PolitikPolitik PerbandinganGelaran kepada orang Amerika Syarikat oleh orang luar. Dalam negara Amerika Syarikat sendiri, gelaran ini dirujuk kepada penduduk timur laut negara tersebut iaitu di sekitar New England. Nama ini diberi oleh penduduk Perancis yang datang awal ke kawasan tersebut kepada pendatang Inggeris yang tiba kemudian. Walau bagaimanapun, gelaran yankee kini lebih banyak merujuk kepada semua penduduk Amerika Syarikat dari New England tanpa mengira asal keturunannya.
American LegionLegion AmerikaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi bekas pejuang perang dunia Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1919. Tujuan umumnya adalah untuk membela tatacara hidup Amerika Syarikat, iaitu menentang pengaruh komunisme dan membina semangat nasionalisme yang kuat. Secara khusus pula, organisasi ini berperanan membela veteran perang Amerika Syarikat.
yankee bondbon yankeePentadbiranTiadaBon yang diterbitkan di Amerika Syarikat oleh peminjam bukan rakyat Amerika Syarikat.
isolationpemencilanSains PolitikHubungan AntarabangsaDasar yang memisahkan diri dan tidak mengambil tahu tentang urusan negara lain. Sebelum Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat terkenal dengan dasar pemencilan ini. Contohnya, pada tahun 1919 Amerika Syarikat tidak menandatangani perjanjian Versailles dan tidak menyertai Liga Bangsa. Walau bagaimanapun, selepas peperangan tersebut Amerika Syarikat tidak lagi mengamalkan dasar ini. Malah negara ini lebih mengamalkan dasar campur tangan dalam hal ehwal politik negara lain atas dasar menjaga keamanan dunia.
Iran-Contra ScandalSkandal Iran-ContraSains PolitikHubungan AntarabangsaSkandal yang berlaku pada tahun 1980-an yang melibatkan seorang askar Amerika Syarikat berpangkat Leftenan yang bernama Oliver North. Beliau dikatakan telah memberi arahan supaya keuntungan hasil jualan senjata Amerika Syarikat kepada Iran digunakan untuk menyokong perjuangan pasukan Contra di Nicaragua. Perbuatan ini menjadi satu isu yang dipertikaikan kerana jelas bertentangan dengan kehendak pihak Kongres Amerika Syarikat.
good neighbour policydasar berjiran baikSains PolitikHubungan AntarabangsaDasar yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Hebert Hoover bagi merujuk kepada hubungan politik Amerika Syarikat dengan negara di Amerika Latin. Pendirian politik ini diteruskan oleh Presiden Roosevelt.
Yellow bookBuku kuningTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerBuku panduan terbitan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang menerangkan cara untuk memperoleh tahap pencapaian Kriteria Penilaian Sistem Komputer Terpercaya (TCSEC) bagi persekitaran khusus daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Buku panduan ini juga memberi alasan teknikal tentang kepentingan keperluan kriteria tersebut dan perlu diikuti pemohon yang ingin memperoleh status TCSEC. Buku Kuning dibangunkan pada tahun 1988 oleh Philips dan Sony serta diterima pakai oleh ISO pada tahun 1989. Buku Kuning disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna kuning.
isolationismfahaman pemencilanSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang menyokong dasar pemisahan diri dari dunia luar, yang pernah diamalkan oleh Amerika Syarikat pada suatu tempoh masa. Fahaman ini merujuk kepada sekumpulan ahli politik Amerika Syarikat yang mahukan negara tersebut tidak melibatkan diri dalam hal ehwal negara lain atau mengadakan sebarang perjanjian dengan negara lain.
12345678910...

Kembali ke atas