Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Central European"? Adakah "Central European" sesuai diterjemah sebagai "Eropah Tengah"? Jika "Central European" dimaksudkan adalah satu bahasa, adakah ia sesuai diterjemahkan sebagai "Bahasa Eropah Tengah"? Mohon pendapat dari pihak DBP. Terima kasih.

Untuk makluman, tiada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk  "Central European" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan "Central America" yang padanan bahasa Melayunya ialah Amerika Tengah. Oleh itu, "Eropah Tengah" sesuai digunakan dalam konteks yang diberikan.

Istilah09.12.2013
apakah maksud armadilo?Armadilo ialah sejenis binatang kecil daripada famili Dasypodidae yang bersisik tebal, mengorek tanah dan menggulingkan badannya seperti bola apabila diserang. Binatang ini biasanya terdapat di bahagian tengah dan selatan benua Amerika.Makna10.04.2008
Salam sejahtera. Apakah istilah yang sesuai bagi menerangkan "Mid-Atlantic states" iaitu satu kawasan di Amerika Syarikat. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Mid-Atlantic States" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Negara Atlantik Tengah.Istilah16.04.2014

Kembali ke atas