Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMERIKA TENGAH

Amerika Tengah ialah istilah yang diberikan

oleh ahli geografi untuk kawasan di antara Amerika

Syarikat dengan Amerika Selatan. Amerika Tengah

meliputi Mexico, Amerika Tengah dan Hindia

Barat. Semua negara kecuali El Salvador,

mempunyai pantai di Laut Caribbean.

UMUM 
TAMARIN

Tamarin ialah sejenis monyet kecil yang tinggal di

hutan hujan tropika di Amerika Tengah dan Amerika

Selatan. Tamarin berkaitan rapat dengan marmoset,

tetapi ia lebih besar sedikit (lihat Marmoset ).

Tamarin membesar sehingga kira-kira 30 sentimeter

panjangnya, tidak termasuk ekornya, yang mungkin

sehingga 45 sentimeter panjangnya. Beratnya

sehingga 1 kilogram.

UMUM 
MOTMOT

Motmot ialah nama famili burung yang

berkaitan dengan burung pekaka. Motmot hidup

di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada

kebanyakan motmot, bulu di pelepah ekornya

mudah tanggal dan hujung ekornya kelihatan

seperti dua raket tenis. Burung ini

menggoyangkan ekornya ke kiri dan ke kanan

apabila ia bertenggek, mungkin kerana pemangsa

mungkin menerkam ekor yang bergerak, bukan

burung yang tidak bergerak.

UMUM 
SLIPPERWORT

Slipperwort ialah nama bagi beberapa tumbuhan malar

hijau yang bunganya berbentuk seperti selipar. Ia

berasal dari Amerika Tengah dan Amerika

Selatan, tetapi ditanam di rumah hijau dan taman

di kawasan sederhana. Spesies Alpine ditanam

di taman batuan. Slipperwort mempunyai banyak

bunga. Spesies yang popular termasuk Slipperwort biasa

yang bunganya kuning berbintik-bintik slipperwort belukar yang

bunganya kecil berwarna kuning, dan slipperworth

berbunga ungu.

UMUM 
KODOK TEBU

Kodok tebu ialah nama Australia bagi kodok laut

raksasa di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia

diperkenalkan ke ladang tebu di utara Queensland,

Australia, pada tahun 1935.

UMUM 
KAPUCIN

Kapucin juga dikenali sebagai sapajou, ialah

sejenis monyet yang tinggal di Amerika Tengah

dan Amerika Selatan.

UMUM 
SAPODILLA

Sapodilla ialah buah tropika yang berasal dari

Mexico dan Amerika Tengah. Ia juga ditanam secara

komersial di beberapa bahagian di Asia dan Amerika

Utara.

UMUM 
BUSHMASTER

Bushmaster ialah ular besar berbisa yang

terdapat di Amerika Tengah, iaitu kawasan tropika

di Amerika Selatan, dan Trinidad. Ular ini boleh

membesar sehingga 3.5 meter panjang.

UMUM 
KALSEOLARIA

Kalseolaria ialah tumbuhan yang mempunyai

bunga bulat atau berbentuk kantung, berwarna

cerah. Terdapat kira-kira 400 spesies yang tumbuh

liar di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

UMUM 
EL SALVADOR

El Salvador ialah negara terkecil di Amerika

Tengah. Tetapi ia ialah negara ketiga dari segi

jumlah penduduk di Amerika Tengah selepas

Guatemala dan Honduras.

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas