Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
salinasalinaGeografiTiada1. Istilah Sepanyol yang di gunakan meluas di Amerika Selatan, Amerika Tengah, dan Barat Daya Amerika Syarikat bagi mendapan garam di kawasan-kawasan rawa garam.
salinasalinaGeologiTiada1. Istilah Sepanyol yang di gunakan meluas di Amerika Selatan, Amerika Tengah, dan Barat Daya Amerika Syarikat bagi mendapan garam di kawasan-kawasan rawa garam.,2. Jasad air masin.
temporaleangin temporalSainsHidrometeorologiAngin berhujan yang bertiup antara barat daya dan barat akibat pesongan angin pasat tenggara Pasifik Selatan bahagian timur ke pantai Pasifik Amerika Tengah. Angin temporal paling kerap bertium dalam bulan Julai dan Ogos, apabila ia mencapai daya bebadai dan mengakibatkan laut bergelora.
fire antsemut apiBiologiEntomologiGenus semut yang terdapat di kawasan tropika, khususnya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, serta di bahagian selatan Amerika Syarikat. Serangga ini merupakan serangga perosak yang serius kerana gigitannya yang beracun amat merengsakan.
National Television Systems Committee (NTSC)Jawatankuasa Sistem Televisyen KebangsaanKomunikasiTiadaSistem televisyen warna standard yang menggunakan garisan warna 525 yang dicipta di Amerika pada pertengahan tahun 1950-an. Negara-negara yang turut menggunakan sistem ini ialah Jepun, Caribbean, beberapa buah negara di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Korea Selatan, Filipina dan Guam.
trypanosomicidetripanosomisidFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan keupayaan membunuh tripanosoma, iaitu protozoa dalam genus Tripanosoma yang tergolong dalam famili Trypanosomatidae. 2. Agen atau drug yang berupaya membunuh tripanosoma, terutamanya spesies parasit protozoa yang disebarkan kepada manusia oleh vektor serangga yang umumnya dijumpai di Afrika serta Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pelbagai ubatan berasaskan arsenik digunakan untuk merawat penyakit seperti African sleeping sickness yang disebabkan oleh Trypanosoma gambiense dan T. rhodesiense,dan penyakit Chagas yang disebabkan oleh T. cruzi yang biasa berlaku di benua Amerika.
Monroe DoctrineDoktrin MonroeSains PolitikHubungan AntarabangsaPrinsip dasar luar Amerika Syarikat yang dinyatakan oleh Presiden James Monroe dalam perutusannya kepada Kongres Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Prinsip ini merupakan pendirian Amerika Syarikat yang tidak akan campur tangan dalam hal ehwal Eropah dan menyeru supaya negara Eropah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara di benua Amerika. Sebarang usaha oleh pihak Eropah untuk menjajah semula negara di benua Amerika seperti di Amerika Tengah dan Amerika Selatan dianggap berbahaya kepada keselamatan dan keamanan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, doktrin ini kemudiannya telah digunakan untuk menjustifikasikan imperialisme Amerika Syarikat di Hemisfera Barat.
interoceanic canalterusan antara lautSains MarinTiadaAlur buatan yang terbuka bagi menghubungkan dua lautan (contohnya Terusan Panama yang menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik). Projek terbaharu yang bakal dilaksanakan ialah Terusan Nicaragua yang menghubungkan Laut Carribbean dengan Lautan Pasifik. Namun, pembinaan terusan tersebut masih dalam persoalan disebabkan oleh masalah kewangan dan masalah alam sekitar yang dikhuatiri oleh ahli sains kerana pembinaan terusan tersebut mengancam ekosistem Tasik Nicaragua yang juga merupakan kawasan tadahan air yang utama untuk Amerika Tengah.
international subsystemsubsistem antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSebahagian daripada sistem antarabangsa. Dalam konteks serantau, subsistem antarabangsa terdiri daripada sistem yang terdapat di rantau geografi seperti Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Eropah Barat. Subsistem merangkumi semua interaksi seperti ekonomi, politik, sosial dan keselamatan dalam sesuatu rantau tersebut. Daripada segi ideologi, subsistem berasaskan kepada pegangan ideologi tertentu seperti komunisme, demokrasi, liberalisme dan sosialisme.
Clinton iron orebijih besi ClintonGeologiTiadaatau batuan korelatif yang terdapat di Amerika Syarikat tengah-timur, mengandungi butiran-butiran kekanta atau oolit yang terdiri daripada hematit.
123

Kembali ke atas