Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan keempat dlm Tahun Masihi yg mengandungi 30 hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg keempat dlm tahun Masihi (terdiri drpd 30 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata April


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan tanda sempang yang betul, perlu jarakkan selepas tanda sempang tersebut atau tidak? Contoh: 11 April 2021-13 April 2021 atau 11 April 2021- 13 April 2021Jika tarikh tersebut pada bulan yang sama, ia perlu ditulis seperti berikut, 11 - 13 April 2021. Jika ia bulan yang berlainan, cara penulisan yang betul ialah 11 April 2021 - 13 Mei 2021 (jarakkan). 
Lain-lain13.10.2021
Betulkah ayat berkenaan? "PKP seterusnya diumumkan oleh Perdana Menteri untuk dilanjutkan hingga 28 April pada 10 April, dan hingga 12 Mei pada 23 April." Hari bulan sebelum "pada" merujuk tarikh PKP dilanjutkan. Hari bulan selepas "pada" merujuk kepada hari ia diumumkan.Binaan ayat yang betul ialah "Pada 10 April 2020, Perdana Menteri mengumumkan PKP akan dilanjutkan hingga 28 April 2020, manakala pengumuman PKP seterusnya pada 23 April 2020 akan dilanjutkan hingga 12 Mei 2020."   Tatabahasa23.09.2020
19 April atau 19hb April penulisan tarikh yang betul?Penulisan yang betul ialah 19 April 2021. Tatabahasa07.07.2021
"Pada akhir Mac dan awal April" atau "Pada akhir bulan Mac dan awal bulan April".. Yang mana satukah betul dari segi tatabahasa. perlukah perkataan "bulan" di hadapan setiap nama bulan tersebut? Adakah diaplikasikan sama pada tahun dan hari? Seperti "Pada Sabtu lepas..." ditukar kepada "Pada hari Sabtu lepas.." dan "Pada 1978," ditukar kepada "Pada tahun 1978,..""Pada akhir Mac dan awal April" atau "Pada akhir bulan Mac dan awal bulan April".  Kedua-dua ayat ini boleh digunakan, begitu juga untuk hari dan tahun. Tatabahasa23.09.2020
Pada akhir Mac dan awal April" atau "Pada akhir bulan Mac dan awal bulan April".. Yang mana satukah betul dari segi tatabahasa. perlukah perkataan "bulan" di hadapan setiap nama bulan tersebut? Adakah diaplikasikan sama pada tahun dan hari? Seperti "Pada Sabtu lepas..." ditukar kepada "Pada hari Sabtu lepas.." dan "Pada 1978," ditukar kepada "Pada tahun 1978,.."Kedua-dua ayat Pada akhir Mac dan awal April, atau Pada akhir bulan Mac dan awal bulan April boleh digunakan. Begitu juga untuk hari, dan tahun.

Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, sebaik-baiknya digunakan perkataan hari, bulan dan tahun dalam penulisan.


Tatabahasa14.10.2020
Ceramah ini diadakan pada 12 April 2020 iaitu pada hari Ahad atau Ceramah ini diadakan pada 12 April 2020 iaitu hari Ahad. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasih.Salam sejahtera,

Menurut rekod data kami kedua-dua penggunaan ayat betul.
Tatabahasa18.04.2020
Encik, nak tanya untuk ayat ini adakah penggunaannya betul? "Ceramah itu diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad."Penggunaan ayat yang lebih gramatis adalah seperti berikut:

1. Ceramah itu akan diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad.  (atau)

2. Ceramah itu telah diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad.
Tatabahasa05.04.2020
Adakah ayat berikut ini betul? Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat.Ayat Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat betul cuma pangkal huruf pada perkataan jadual waktu hari ditulis dengan huruf kecil sahaja kerana.Tatabahasa26.03.2010
Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara, dengan hari-hari tersebut masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes.Ayat yang betul ialah "Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara yang masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes."Tatabahasa06.07.2021
Mohon pencerahan berkenaan dengan penggunaan kata setakat dan sehingga, yang manakah betul? "Bilangan penerima bantuan setakat 30 April 2015" atau "bilangan penerima bantuan sehingga 30 April 2015?" Terima kasih.Setakat dan sehingga membawa maksud yang sama, iaitu sampai ke had.Tatabahasa13.05.2015
123456789

Kembali ke atas