Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Arab Saudi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kangaraskarf kangaraKesenianTiadaSkarf segi empat sama yang besar daripada kain kapas, berwarna hijau dan kuning. Biasanya digunakan untuk membuat skarf dan lain-lain di Arab Saudi.
Arab LeagueLiga ArabSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi yang ditubuhkan pada tahun 1945 di Syria. Liga ini dianggotai oleh Mesir, Arab Saudi, Iraq, Jordan, Yaman, Syria dan Lubnan. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk mewujudkan kerjasama politik, mempertahankan kedaulatan negara anggota, menyelesaikan masalah negara Arab serta meningkatkan kerjasama ekonomi, kebudayaan dan jaringan infrastruktur perhubungan. Liga tersebut mempunyai dewan eksekutif yang dikenali sebagai Dewan Liga. Setiap negara anggota mempunyai wakil di Dewan Liga. Penduduk Arab di Palestin juga mendapat peruntukan wakil di Dewan Liga ini sebagai perwakilan tidak rasmi. Prinsip Liga Arab dalam menangani setiap permasalahan adalah melalui permuafakatan, bukan melalui kekerasan.
Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV)Virus Korona Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV)Kesihatan AwamTiadaVirus korona yang menjangkiti manusia, kelawar dan unta dan menyebabkan penyakit pernafasan yang teruk, termasuk demam, batuk dan kesukaran bernafas. Penyakit ini mula dilaporkan di Arab Saudi dan merebak ke beberapa negara lain, termasuk Amerika Syarikat.
Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
Islamic statenegara IslamSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan dan pentadbiran sebuah negara yang berlandaskan ajaran Islam. Segala aspek pentadbiran dilaksanakan berasaskan syariat Islam sama ada dari aspek ekonomi, pendidikan, industri, kebudayaan dan politik. Sistem ini menolak sebarang unsur yang sekular seperti pilihan raya yang terlalu liberal, kempen politik yang melampaui batas moral serta penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah. Terdapat beberapa negara yang mendakwa sebagai negara Islam seperti Pakistan semasa pemerintahan Zia-ul-Haq, Arab Saudi dan Iran selepas revolusi.
monarchymonarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang meletakkan institusi raja sebagai pemerintah yang memiliki kuasa yang mutlak, di luar kawalan undang-undang dan boleh melaksanakan sebarang tindakan tanpa batasan. Sistem penggantian kuasanya melalui warisan dan anak yang tertua atau anak lelaki yang terdekat bakal mewarisi takhta seperti yang terdapat di Brunei Darussalam, Kuwait dan Arab Saudi. Pemerintahan ini menolak sebarang persaingan dan tidak membenarkan kehadiran parti politik. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa negara yang mengamalkan monarki terhad atau berperlembagaan. Monarki jenis ini wujud dalam negara yang bersifat demokrasi seperti Malaysia, Jepun, Thailand dan Great Britain.
paternalismpaternalismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menekankan sistem pemerintahan yang memberi kuasa tertinggi kepada pemimpin untuk menguruskan masyarakat. Masyarakat ditadbir sebagai sebuah keluarga apabila pemimpin menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan asas. Dalam sistem ini, rakyat tidak dibenarkan mempersoalkan kedudukan pemerintah, menuntut hak yang lebih dan bercakap soal politik. Hak sivil dalam masyarakat ini terkongkong walaupun mereka mendapat pelbagai kemudahan. Contohnya, sistem pemerintahan yang diamalkan di negara Arab Saudi.
Islamic Fiqh AcademyAkademi Fikah IslamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk melakukan penyelidikan dan mengeluarkan hukum tentang isu-isu kontemporari berdasarkan prinsip perundangan Islam sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan yang dibuat oleh akademi ini merupakan satu ijtihad yang melibatkan ulama dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Contohnya, dalam Persidangan Akademi Fikah Islam ke-4 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Februari 1988, satu fatwa telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa �diharuskan organ si mati dipindahkan kepada yang hidup apabila kehidupan penerima organ itu bergantung pada penerimaan organ tersebut atau keselamatan fungsi asas dalam diri penerima bergantung pada penerimaan organ tersebut, dengan syarat mendapat keizinan daripada penderma sebelum dia meninggal dunia atau keizinan daripada waris selepas dia meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris�.
patriarchypatriarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem sosial, politik atau kekeluargaan yang meletakkan lelaki sebagai pemimpin utama. Dalam sistem ini, ketua bagi keluarga, masyarakat atau negara mestilah seorang lelaki dan dalam konteks sosial lazimnya Ielaki yang paling tua. Keputusan penting dalam masyarakat dan keluarga akan diputuskan oleh golongan lelaki. Kedudukan wanita pula tidak mendapat keutamaan dalam masyarakat yang bersifat patriarki ini. Kebanyakan negara Arab bersifat patriarki seperti Arab Saudi, Kuwait, Maghribi, Iraq dan Jordan.
International Islamic News Agency (IINA)Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaAgensi khusus yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk menggalakkan pertukaran maklumat antara agensi berita dalam kalangan negara anggota dan meningkatkan tahap kemahiran agensi berita berasaskan nilai-nilai Islam. Agensi ini turut berperanan dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan umat Islam dan dunia Islam keseluruhannya seperti isu-isu sosial, ekonomi dan budaya, menerbitkan berita tahunan mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam dunia Islam serta menjadi media sokongan dalam membantu mengukuhkan misi dan visi OIC. Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1972 dan beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.

Kembali ke atas