Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Asia Barat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shenaishenaiKesenianTiadaAlat tiup berlelidah kembar dari Asia Barat.
silk roadjalan suteraPelanconganTiadaLaluan darat bersejarah dari Asia Timur ke Asia Barat yang menjadi daya tarikan pelancong.
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near EastUNRWASains PolitikHubungan AntarabangsaLihat Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat.
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA))Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia BaratSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan di bawah PBB yang beribu pejabat di Amman, Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1949 menggantikan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin sebagai pertubuhan utama PBB dalam hal ehwal pelarian Palestin. Pada tahun 1999, lebih kurang 3.6 juta orang yang menjadi pelarian akibat beberapa peperangan yang berlaku antara negara Arab dengan Israel, telah berdaftar dengan UNRWA. Daripada jumlah ini, 1.1 juta orang ditempatkan di kem pelarian UNRWA. Walaupun pada asalnya pertubuhan ini hanya memainkan peranan dalam urusan penghantaran balik pelarian ke negara asal mereka, ganti rugi dan penempatan semula, pertubuhan ini kemudiannya terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan rumah, makanan dan pendidikan bagi pelarian ini di Lubnan, Syria, Jordan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pertubuhan ini juga menghadapi pelbagai masalah berkaitan persaingan kepentingan antara Israel, negara- negara Arab dan pergerakan Palestin. Sinonim UNRWA.
chesnutkayu beranganKesenianHiasan DalamanJenis kayu yang keras berwarna coklat kemerah-merahan. Kulit luarnya keras dan berwarna coklat tua. Kayu ini diperoleh daripada pokok yang ketinggiannya antara 20 m hingga 40 m, yang biasanya terdapat di Eropah, Asia Timur, Asia Barat Daya dan Amerika Utara.
fundamentalismfaham fundamentalisSains PolitikPolitik PerbandinganPemikiran yang dikaitkan dengan gerakan yang berpegang kepada prinsip asas sesuatu agama atau kepercayaan. Pemikiran ini tidak bertolak ansur dengan sebarang pandangan khususnya fahaman sekular. Pada asalnya fahaman ini tidak memiliki sebarang kecenderungan negatif, namun perkembangannya kini sering dikaitkan dengan gerakan militan dan terorisme seperti gerakan mempertahankan tanah air dan kemerdekaannya. Contohnya, Gerakan Pejuang Islam, Yahudi dan Kristian di Asia Barat. Sinonim fundamentalisme.
folk epicepik rakyatKesusasteraanTiadaNaratif lisan yang dipersembahkan di hadapan khalayak. Sama seperti karya lisan yang lain, epik rakyat tidak mempunyai pengarang yang jelas, dan menjadi sebahagian daripada tradisi rakyat yang disebarkan secara lisan. Kebanyakan epik rakyat disampaikan dalam bentuk puisi atau separa puisi. Biasanya, epik rakyat yang popular dipertingkatkan dan diperhalus menjadi epik tulisan. Contohnya, Epik Ramayana dan Mahabharata bermula sebagai epik rakyat yang kemudian digubah menjadi karya bertulis. Gilgamesh di Asia Barat dan Beowulf di Eropah ialah contoh epik rakyat yang terkenal. Dalam tradisi Melayu, Cerita Maharaja Wana yang menjadi repertoir dalam wayang kulit Siam di Kelantan ialah contoh epik rakyat yang baik. Epik rakyat dikenali juga sebagai epik primer atau epik primitif.
masrimasriMuzikTiada

 Lagu sinkretik sosial Melayu. Masri bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Rentak masri mempunyai persamaan dari segi rentak dengan tarian beledi di Asia Barat. Rentak ini digunakan dalam lagu ensembel ronggeng dan pop nasyid. 

ethopoeticsetnopuitikaKesusasteraanTiadaPerihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Puitika Sastera Melayu (2000). Menurut beliau, konsep puitika sastera Melayu harus digali daripada sumber tradisi lisan Melayu. Oleh itu, beliau menyarankan agar konsep teks, genre, pengarang, khalayak, dan keindahan dalam sastera Melayu harus bersumberkan tradisi lisan Melayu. Sarjana lain yang turut membicarakan konsep puitika Melayu ialah Mohd. Affandi Hassan, Hashim Awang dan V,I. Braginsky.
fablecerita binatangKesusasteraanTiadaCerita pendek tentang binatang yang penuh khayalan. Cerita biasanya disampaikan dalam bentuk prosa atau puisi. Tujuannya untuk memberikan teladan atau pengajaran moral kepada pembacanya. Biasanya, watak dalam cerita ini terdiri daripada binatang di hutan dengan sifat yang menggambarkan kehidupan manusia. Cerita binatang merupakan salah satu hasil sastera yang awal dalam tradisi lisan yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun cerita binatang menampilkan watak binatang, tetapi ceritanya mencerminkan daya pemikiran masyarakat yang tinggi kerana mengandungi pelbagai unsur kiasan, kritikan, dan pengajaran moral. Tema dan plot dalam karya ini agak mudah dan ringkas. Biasanya pada akhir cerita, pencerita atau salah satu watak dalam cerita akan menyatakan unsur pengajaran moral yang terdapat dalam cerita tersebut. Ada kalanya unsur pengajaran moral dinyatakan dalam bentuk epigram. Sejarah cerita binatang bermula daripada seorang hamba Yunani bernama Aesop yang hidup pada abad keenam sebelum Masihi. Cerita ini kemudiannya berkembang di India dengan karya terkenal berjudul Panchatantran. Pengaruh Panchatantran tersebar luas ke Asia Barat. Justeru, muncul pula karya berjudul Kalila Wa Dimnah yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan judul, Khalilah dan Dimnah. Cerita binatang berkembang di Parsi, antaranya melalui karya Anvar-i Suhaili oleh Hussayn Wa�iz Khasifi. Karya ini mengandungi pelbagai cerita binatang seperti kisah burung, kucing, harimau, tikus, anjing, angsa, kala jengking, serigala, burung hantu, singa, helang dan lain-lain. Cerita binatang juga hidup subur dalam tradisi kesusasteraan kanak-kanak di Barat. Antaranya termasuklah koleksi cerita binatang oleh Thurber berjudul Fables for Our Time (1940), dan Jus So Stories oleh Rudyard Kipling (1902). Contoh cerita binatang dalam karya sastera Melayu yang terkenal ialah cerita Sang Kancil (Hikayat Sang Kancil) dan Pelanduk (Hikayat Pelanduk Jenaka). Kedua-dua hikayat ini merupakan cerita binatang asli Melayu yang telah wujud sejak zaman lisan dan masih terus dinikmati hingga hari ini. Cerita binatang juga dikenali sebagai dongeng binatang. Lihat juga fabel binatang.
1234

Kembali ke atas