Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
timur1 arah tempat matahari terbit. 2 Asia: bangsa ~ bangsa Asia; orang ~ orang Asia. ~ Jauh negara-negara Asia yg letaknya jauh dr benua Eropah (spt Cina, Jepun). ~ laut arah di antara timur dgn utara. ~ menenggara (tenggara) arah di antara timur dgn tenggara. ~ Tengah negara-negara yg letaknya berdekatan dgn Terusan Suez (spt Arab Saudi, Jordan, Mesir, Syria). ketimuran keadaan atau hal yg berkaitan dgn bangsa Asia atau dgn benua Asia: adat ~ adat bangsa Asia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kedudukan1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pe­labuh­an yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (ter­utama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenar­nya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;Kamus Dewan Edisi Keempat
rentangterhulur panjang, terhulur memanjang; se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauh­nya) berjalan; se~ ayam selama (sepusing) menyabung ayam; merentang 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); ~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~ jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan (men­ceritakan) panjang lebar; merentangi 1. merentang pd: mereka mem­bina sebuah jambatan gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~ kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi; merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka di­regangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2. meng­hulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~ tangan, dan meng­anjur­kan kaki; 3. menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita; terentang 1. sudah direntangkan, ter­bentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat; perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang (menghalang), penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan; kenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd berkahwin.Kamus Dewan Edisi Keempat
berjuang1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besar-besar), berlanggaran, ber­lawan; 2. hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb) dgn pihak atau unsur yg menen­tangnya atau boleh memudaratkannya: rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian utk merebut kemerdekaan drpd penjajah; gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah;Kamus Dewan Edisi Keempat
timur I1. arah tempat terbitnya matahari; ~ laut arah di antara timur dan utara; ~ meneng­gara = ~ tenggara = ~ padang arah di antara timur dan tenggara; angin ~ = angin timuran angin yg bertiup dr sebelah timur; bintang ~ bintang Zuhrah (Kejora); 2. Asia; bangsa (benua, orang) ~ bangsa (benua, orang) Asia: baik di Barat mahupun di T~ kebanyakan bangsa mempunyai tarian klasik masing-masing; T~ Dekat negara-negara Asia yg hampir dgn benua Eropah (spt Turki dll); T~ Jauh negara-negara Asia yg terjauh dr benua Eropah (spt China, Jepun, dll); T~ Tengah negara-negara yg berhampiran dgn Terusan Suez (spt Mesir, Jordan, Syria, dll); ~ beralih ke sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perempuan; ketimuran yg berkaitan dgn bangsa atau benua Asia, bersifat dll Timur (Asia); adat (budi pekerti) ~ adat (budi pekerti) bangsa Asia.Kamus Dewan Edisi Keempat
juang; semangat ~ semangat utk berjuang demi mencapai, mendapatkan atau memperoleh sesuatu (kejayaan, kemenangan dsb): se­mangat ~ yg tinggi dapat membantu meng­atasi halangan itu; berjuang 1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besar-besar), berlanggaran, ber­lawan; 2. hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb) dgn pihak atau unsur yg menen­tangnya atau boleh memudaratkannya: rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian utk merebut kemerdekaan drpd penjajah; gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah; berjuangkan sl melagakan, melanggarkan: segala orang yg bergajah, ~ gajahnya dan segala yg berkuda, bergigitkan kudanya; menjuang sl melanggar, menyerang: musuh mana akan datang, mana tebing akan run­tuh, atau kubu akan dijuang; memperjuangkan hendak memperoleh se­suatu dgn berjuang: mereka mogok kerana hendak ~ gaji yg lebih tinggi; perjuangan perihal berjuang utk merebut (mencapai, mempertahankan) sesuatu: kita semestinya tidak lupa akan peranan guru Melayu dlm ~ kebangsaan sejak sebelum merdeka dahulu; seperjuangan sama-sama berjuang: ka­wan ~; pejuang orang yg berjuang (utk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu): ia seorang ~ bangsa yg senantiasa dicurigai oleh pihak Inggeris; ~ kebebasan orang yg berjuang utk mem­bebaskan diri, tanah air dsb drpd belenggu, cengkaman, penindasan dsb penjajah atau kuasa asing; ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
gajah1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk ~ nyamuk yg besar; ~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~ menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a) walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~ tunggal gajah yg tidak bersama­-sama kawannya (sangat liar); spt ~ putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika; ~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi ke­hidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi; ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya; spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya; gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut; bergajah menaiki gajah: bala tentera ~;menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
berbunga1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berbunga1. ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2. = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3. mendapat bunga atau faedah:Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4. menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara.Kamus Pelajar
abadjangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah Nabi Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yg lampau beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun 1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemi­lang­an (gemilang); ~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama-lamanya; berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratus-ratus tahun lamanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas