Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pamirpamirGeografiTiadaKawasan rumput yang tidak subur di kawasan penara tinggi Asia tengah.
buranburanMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin timur-laut yang bertiup kencang di Rusia dan Asia Tengah yang biasanya bertiup dalam musim sejuk yang amat sejuk dan menerbangkan salji hanyut. Buran jarang berlaku dalam musim panas. Di kawasan tundra, buran disebut juga sebagai purga.
desiccationpengontanganSainsHidrometeorologiPelenyapan kekal air dari sesuatu kawasan disebabkan perubahan iklim, terutamanya pengurangan hujan. Kawasan luas di Asia tengah, Afrika dan bahagian barat Amerika telah dikontangkan sejak fasa glasier yang lepas, tetapi tidak banyak terdapat pengon tangan yang bertambah dalam masa 2000 tahun yang lepas.
aretic drainagesaliran aretikGeografiTiadaPola saliran lembangan pedalaman yang tidak mempunyai keluaran ke laut. Sebagai contoh Lembangan Tarim di Asia Tengah adalah sejenis saliran aretik.
kakawinkakawinKesusasteraanPuisiPuisi yang berkembang dalam kesusasteraan Jawa Klasik . Bentuk irama kakawin dalam kesusasteraan Jawa ini jelas mendapat pengaruh daripada Asia Tengah (India) dan ditulis dalam bentuk tulisan (bahasa) kawi, iaitu bahasa Jawa Kuno yang sering dipakai dalam penciptaan hasil kesusasteraan. Contohnya, Kakawin Ramayana.
Climax vegetationVegetasi klimaksPertanianAgronomi

Jenis dan corak tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada sesuatu kawasan yang tidak mengalami gangguan oleh manusia untuk berkurun-kurun lamanya. Vegetasi klimaks dipengaruhi oleh iklim, jenis tanah dan topografi kawasan. Contohnya vegetasi hutan hujan adalah vegetasi klimaks di Malaysia disebabkan iklim panas dan lembab tanpa musim kemarau yang menggalakkan pokok-pokok besar menguasai kawasan. Di sebahagian besar Asia Tengah pula terdapat padang rumput sebagai vegetasi klimaks disebabkan kadar hujan yang rendah dan musim kering berpanjangan selain suhu yang rendah.

hichirikihichirikiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid berkembar. Hichiriki ialah paip berbentuk silinder yang mempunyai sembilan lubang jari dan dua lapisan rid. Alat muzik ini berasal dari Asia Tengah dan mem­punyai hubung kait dengan alat berpelidah dari China yang dimainkan dalam orkestra gagaku.

koum (kum)kumGeografiTiadaIstilah bagi gurun pasir di Tengah Asia.
buranribut buranGeografiTiadaAngin timur laut yang sangat kencang di Russia dan tengah Asia yang berlaku pada mana-mana musim tetapi sangat kerap pada musim sejuk.
sonasonaMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid berkembar. Badannya berbentuk kon dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng yang diperbuat daripada logam. Sona mempunyai tujuh lubang jari dan satu lubang untuk ibu jari pada bahagian belakang alat muzik tersebut. Rid berkembarnya terletak pada bahagian atas dan ditiup pada pangkalnya. Alat muzik ini ditiunkan dalam skel penta­tonik Cina. Sona yang terdapat dalam tiga saiz memainkan bahagian melodi dalam orkestra Cina moden yang dikenali sebagai huayue tuan. Alat muzik ini berasal dari Asia Tengah dan mempunyai hubungan dengan alat surnay atau serunai.

123

Kembali ke atas