Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Asia Tenggara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ASEAN dalam bahasa Melayu? Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara?ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerja­sama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial).Lain-lain04.01.2018
Manakah satu jemahan berikut adalah betul dari segi bahasa. Eng: The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia 1. Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di asia tenggara 2. Pusat pemborong sehenti yang paling komprehensif di asia tenggara 3. Pusat pemborong satu perhentian yang paling komprehensif di asia tenggaraTerjemahan yang betul untuk  "The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia" ialah   Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di Asia Tenggara .Penyemakan dan penterjemahan09.04.2014
Dalam beberapa minggu, Malaysia telah mencatat jumlah kumulatif terbesar jangkitan COVID-19 yang disahkan di Asia Tenggara. Betulkah susunan ayat itu? Atau.. Dalam beberapa minggu, Malaysia telah mencatat jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 yang disahkan yang terbesar di Asia Tenggara. Saya masih keliru. Wujudkah formula 1+3+2 ayat songsang seperti ayat pertama yang saya nyatakan di atas.
Kedua-dua ayat di atas boleh digunakan, mengikut susunan yang hendak ditekankan atau diberikan penegasan. 
Tatabahasa26.12.2020
Betulkah ayat di bawah? perlukah koma sebelum 'manakala'? Dengan lebih 250,000 kes yang disahkan, lebih 50,000 kes aktif, dan lebih 900 kematian, Malaysia kini berada di tempat ketiga dalam jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara di belakang Indonesia dan Filipina manakala berada di tempat keempat dalam jumlah kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara di belakang Indonesia, Filipina dan Myanmar.1. Ayat yang betul ialah Terdapat lebih 250,000 kes keseluruhan COVID-19 telah disahkan, iaitu lebih 50,000 kes aktif dan lebih 900 kes kematian. Sehingga kini, Malaysia berada di tempat ketiga bagi jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Filipina dan tempat keempat bagi jumlah kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia, Filipina dan Myanmar.
2. Ada tanda koma sebelum perkataan manakala. Contohnya, Encik Nasharuddin peguam dalam bidang syariah, manakala abangnya dalam bidang sivil.
Tatabahasa11.02.2021
pusat perkembangan bahasa melayu di asia tenggara pada abad ke 15 hingga abad ke 17.Untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tugasan tuan, sila kunjungi perpustakaan yang berhampiran khususnya di tempat puan belajar. Ruang dan perkhidmatan yang terhad tidak memungkinkan kami membantu menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan tugasan. Tiada jalan pintas untuk berjaya, kadangkala ia bermula dengan sesuatu yang sukar.Lain-lain24.12.2015
Apakah nama Tarsier dalam Bahasa Melayu bagi haiwan yang dijumpai di Asia Tenggara, terutamanya di Filipina, Malaysia, Indonesia, dan Brunei?Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies kelompok Tarsier belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian.Lain-lain05.03.2024
Bolehkah kita menggunakan bahasa melayu yang telah DBP seragamkan menjadi bahasa perantaraan di nusantara asia tenggara secara meluas sebagai bahasa percakapan dan standard bukan hanya di Malaysia malahan di Indonesia, Brunei dan kawasan sekitarnya?Boleh.Lain-lain07.10.2014
MeLissa CN Jul 3rd, 7:45pm salam..boleh saya tahu bagaimana cara untuk menghantar cerpen saya untuk menyertai peraduan penulisan cerpen penulis muda asia tenggara 2014..perlukah saya mengeposkannya atau saya boleh menghantar e-mel?Salam, Puan boleh melayari laman web DBP untuk keterangan lanjut. Semua penyertaan hendaklah dialamatkan kepada: Sekretariat Tetap ASEAN Young Writers Award (Malaysia) Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-21479123 Faks: 03-21479610 E-mel: seawriteawards@dbp.gov.my (Borang penyertaan boleh diperoleh dengan melayari laman web: www.dbp.gov.my) Tarikh tutup pencalonan : 21 Julai 2014Lain-lain03.07.2014
Adakah Aisa Tenggara merupakan kata majmuk? Jika ia Kata Majmuk, adakah ia Kata Majmuk Istilah Khusus? Terima kasih.Asia Tenggara ialah kata nama khas.Tatabahasa15.07.2021
FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA BESAR DUNIAAntara faktornya termasuklah bahasa Melayu yang telah menjangkau lebih 1000 tahun kewujudannya, penuturnya lebih daripada 300 juta orang di Asia Tenggara, bahasa keempat yang dipertuturkan di dunia, lebih 70,000 orang di China dan Sri Lanka menuturkannya, dan pengajian bahasa Melayu diwujudkan di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman dan New Zealand. Selain itu, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi dalam bidang perdagangan, persuratan dan pentadbiran semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa Melayu juga mempunyai sistem yang mantap dari segi Linguistik sebagaimana bahasa-bahasa besar dunia yang lain seperti bahasa Inggeris. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku- buku sejarah bahasa Melayu dan tatabahasa bahasa Melayu yang dihasilkan oleh pakar-pakar bahasa Melayu danlayari juga laman Wikipedia bertajuk Sejarah Bahasa Melayu.Lain-lain24.09.2007
1234

Kembali ke atas