Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Asia Tenggara


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
teori dominoteori sains politik yg beranggapan bahawa kejatuhan salah satu negara di Asia Tenggara ke tangan komunis akan menyebabkan ke­mung­kinan semua negara Asia Tenggara akan diambil alih oleh pihak komunis;Kamus Dewan Edisi Keempat
A.T.kep Asia Tenggara.Kamus Dewan Edisi Keempat
MASTERAakronim bagi Majlis Sastera Asia Tenggara.Kamus Dewan Edisi Keempat
Malaysianegara yg terletak di Asia Tenggara yg ibu negaranya Kuala Lumpur, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya bahasa Melayu, dan agama rasminya agama Islam; memalaysiakan menyesuaikan atau men­jadikan sesuatu supaya bercirikan Malaysia: pakaian tradisi Cina yg telah dimalaysiakan bersesuaian dgn suasana tempatan; kemalaysiaan berhubung dgn atau bersifat Malaysia (sbg sebuah negara seluruhnya): banyak ciri dan cita-citanya lebih melambangkan ciri dan cita-cita ~; pemalaysiaan perbuatan (proses) menjadi­kan sesuatu bercirikan Malaysia: penyusunan semula masyarakat adalah satu proses ~ semua sektor kehidupan rakyat Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghasilkan1. mendatangkan (menge­luar­­kan, memberikan) hasil: Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta (sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3. mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan: pertemuan mereka yg per­tama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
Melayu1 nama asal bangsa yg mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya. 2 nama suku bangsa, terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu: masuk ~ mengikut cara hidup orang Melayu. memelayukan menterjemahkan ke bahasa Melayu. kemelayuan sifat atau ciri yg menunjukkan keperibadian Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencirikan1 merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: Kepelbagaian ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara. 2 membuat sesuatu mempunyai ciri: Penyakit itu dicirikan oleh rasa gatal-gatal pd kulit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
iklim1. keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu tempat: Asia Tenggara boleh dibahagikan kpd tiga kawasan ~; ~ dingin (kawasan) berhawa dingin; ~ panas = ~ tropika (kawasan) berhawa panas; ~ sederhana (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); 2. ki suasana, keadaan: ~ politik negeri itu sudah mulai panas; pertama, bagaimana negara-negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi utk pembangunan mereka dlm ~ antarabangsa yg semakin memusuhi mereka; ketidakpastian terhadap ~ pelaburan; beriklim mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin); keikliman perihal iklim.Kamus Dewan Edisi Keempat
perkecualianperihal berkecuali; perihal (dasar dsb) tidak menyebelahi mana-mana pihak: Negara-negara Asia Tenggara mengisytiharkan ~ mereka dlm pertikaian itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketegangan1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara sekarang akan dibincangkan selama empat hari;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas