Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Asia Tenggara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
South East Asia Treaty Organization (SEATO)Organisasi Perjanjian Asia TenggaraSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi ini diasaskan pada tahun 1954 di bawah perjanjian pertahanan kolektif Asia Tenggara. Pakatan ini dianggotai oleh Australia, Perancis, Britain, New Zealand, Amerika Syarikat, Pakistan, Filipina dan Thailand. Ibu pejabatnya terletak di Bangkok. SEATO ditubuhkan dengan pengaruh kuat negara Barat selepas Perancis berundur dari Indochina. SEATO berperanan untuk menghalang kebangkitan pengaruh komunis di Asia Tenggara. Perjanjian ini diperkuat dengan Piagam Pasifik yang menekankan hak rakyat Asia dan Pasifik bagi kesamaan dan hak penentuan diri. Piagam ini juga menekankan hak menentukan perencanaan matlamat ekonomi, sosial serta kerjasama budaya antara negara anggota. Pelibatan kuasa besar di Indochina pada tahun 1973 telah menggugat semangat setia kawan dalam pakatan ini. Akhirnya SEATO dibubarkan pada tahun 1977. Sinonim SEATO.
South East AsiaAsia TenggaraGeografiTiadaTiada
CONSALKongres Pustakawan Asia TenggaraPerpustakaanTiadaTiada
Malesia PertanianTiadaKawasan geografi di rantau Asia Tenggara yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Timor Leste, Filipina dan Kepulauan Borneo hingga Papua New Guinea. Kawasan ini digunakan untuk merujuk lokasi taburan flora dan fauna di negara-negara tersebut.
MalesiaMalesiaHerbaBotani dan BioteknologiKawasan geografi di rantau Asia Tenggara yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Timor Leste, Filipina dan Kepulauan Borneo hingga ke Papua New Guinea. Kawasan ini merujuk kepada lokasi taburan flora dan fauna di negara tersebut.
paragrassrumput melelaVeterinarTiadaSalah satu jenis rumput terpilih yang tumbuh di Asia Tenggara. Nama saintifiknya Brachiaria mutica. Rumput ini sesuai ditanam di rantau yang mendapat hujan lebih dari 1250 mm. Rumput jenis ini mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap keadaan tanah yang berair dan banjir. Rumput ini juga mempunyai daun dan batang yang berbulu dan sesuai ditanam bersama tumbuhan kekacang Centrosema. Rumput jenis ini sesuai dijadikan sebagai makanan untuk ternakan seperti lembu dan kerbau.
root croptanaman umbisiVeterinarTiadaTanaman berubi seperti ubi kayu, keledek dan kentang. Di Asia Tenggara, ubi kayu dan keledek ditanam untuk dijadikan makanan manusia dan ternakan sebagai sumber tenaga. Walau bagaimanapun, kandungan proteinnya rendah. Ubi diproses sama ada diracik atau dijadikan tepung sebagai makanan ternakan. Selain itu, bahagian daun juga sering dijadikan makanan ternakan.
adokadokMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon, iaitu dram. Adok berasal dari Asia Tenggara, mempunyai baluh berbingkai dengan garis pusat yang besar dan satu muka kulit yang dipukul dengan tangan. Adok dimainkan dalam ensembel cakJempong di Sumatera dan di Negeri Sembilan.

shoulder adzebeliung berbahuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBeliung yang wujud pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Beliung berbahu mempunyai bentuk fizikal yang kecil, mata bersudut, bahagian badan bersegi empat kecil. Alat ini digunakan dalam aktiviti sesuatu upacara dan juga dijadikan sebagai alat untuk menarah. Tonjolan bersegi empat kecil digunakan sebagai asas meletakkan alat pemegang. Beliung berbahu mempunyai bentuk yang hampir sama dengan kapak bertakik tetapi terdapat sedikit perbezaan kerana kapak bertakik mempunyai pinggang di bahagian atas sementara badan dan matanya agak membulat. Beliung berbahu ditemui di tapak arkeologi di Rasa., Jenderam Hilir (Selangor) dan Hulu Tembeling (Pahang),
agungagungMuzikTiada

Alat muzik traditional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat ini berasal dari Asia Tenggara, yang meru­pakan gong besar yang berbusut dan berbingkai sempit. Agung dipukul dengan pemukul kayu berbalut dan dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak untuk mengiringi tarian dan upacara keagamaan. Agung dikenali juga sebagai gong.

123456789

Kembali ke atas