Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utara
Kata Terbitan : mengutarakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
witch hazelwitch hazelPentadbiran PerniagaanTiadaSebarang genus Hamamelis yang merupakan pokok renek di Asia dan Amerika Utara, daripada famili witch hazel, berbunga kuning, kelopak bunganya berombak-ombak serta berbuah keras
chesnutkayu beranganKesenianHiasan DalamanJenis kayu yang keras berwarna coklat kemerah-merahan. Kulit luarnya keras dan berwarna coklat tua. Kayu ini diperoleh daripada pokok yang ketinggiannya antara 20 m hingga 40 m, yang biasanya terdapat di Eropah, Asia Timur, Asia Barat Daya dan Amerika Utara.
caucasian raceras kulit putihPerubatanTiadaKumpulan ras yang berkulit cerah, termasuk penghuni asal Eropah, Afrika Utara, dan Barat Daya Asia.
Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
hemispherehemisferaMatematikTiadaSetengah bahagian dunia yang dibahagikan kepada utara dan selatan dengan garis khatulistiwa, atau kepada timur yang terdiri daripada Eropah, Asia dan barat yang terdiri daripada Amerika.
boreal zonezon borealSainsHidrometeorologi1. Zon yang mempunyai musim sejuk yang nyata dengan bersalji, dan musim panas yang singkat, umumnya panas. Ia termasuk sebahagian besar daripada Amerika Utara di antara Zon Arktik dengan lebih kurang 40oU, menganjur sampai ke 35oU di kawasan pedalaman. Di Eropah Tengah dan di Asia ia menganjur ke selatan dari tundra ke latitud 40o � 50o utara. 2. Zon atau kawasan biogeografi yang dicirikan oleh fauna dan flora jenis utara. istilah kawasan boreal digunakan terutamanya oleh ahli biologi Amerika dan, termasuk kawasan antara min isoterma musim panas 18oC atau 64.4oF (lebih kurang latitud 45o) dan Zon Arktik.
international subsystemsubsistem antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSebahagian daripada sistem antarabangsa. Dalam konteks serantau, subsistem antarabangsa terdiri daripada sistem yang terdapat di rantau geografi seperti Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Eropah Barat. Subsistem merangkumi semua interaksi seperti ekonomi, politik, sosial dan keselamatan dalam sesuatu rantau tersebut. Daripada segi ideologi, subsistem berasaskan kepada pegangan ideologi tertentu seperti komunisme, demokrasi, liberalisme dan sosialisme.
monsoonmonsunMeteorologiMeteorologi PerhubunganIstilah yang asalnya merujuk angin Laut Arab yang bertiup selama lebih kurang enam bulan dari timur laut dan selama lebih kurng enam bulan dari barat daya, tetapi kini digunakan juga untuk angin lain yang nyata bermusim. Ia berasal daripada perkataan Arab "mausim" yang bermaksud musim. Angin ini terjadi akibat perbezaan pemanasan kawasan barat dan laut yang luas yang berubah mengikut musim. Keadaan monsun paling nyata terjadi di kawasan subtropika seperti di Asia Timur dan Asia Tenggara (montun timur laut dan barat daya masing-masing pada musim sejuk dan panas). Musim hujan yang berkaitan dengan monsun barat daya ialah ciri menonjol iklim wilayah ini. Di subtropika, istilah "monsun" selalunya digunakan untuk menunjukkan hujan, tanpa merujuk kepada angin. Keadaan monsun boleh juga berlaku, tetapi kurang heat, di bahagin utara Australia; bahagian barat, selatan dan timur Afrika, dan di beberapa bahagian di Amerika Utara dan Chile, dan di barat laut Jerman.
monsoonmonsunSainsHidrometeorologiIstilah yang asalnya merujuk angin Laut Arab yang bertiup selama lebih kurang enam bulan dari timur laut dan selama lebih kurang enam bulan dari barat daya, tetapi kini digunakan juga untuk angin lain yang nyata bermusim. Ia berasal daripada perkataan Arab �mausim� yang bermaksud musim. Sebab penting terjadinya angin ini ialah perbezaan pemanasan kawasan darat dan laut yang luas yang berubah mengikut musim. Keadaan monsun paling baik terjadi di kawasan subtropika, seperti di Asia timur dan Asia tenggara (monsun timur laut dan barat daya masing-masing pada musim sejuk dan panas). Musim hujan yang berkaitan dengan monsun barat daya ialah ciri menonjol iklim wilayah ini. Di subtropika, istilah �monsun� selalunya digunakan untuk menunjukkan hujan, tanpa rujukan kepada angin. Keadaan monsun boleh juga berlaku, tetapi kurang hebat, di bahagian utara Australia, bahagian barat, selatan dan timur Afrika, dan beberapa bahagian di Amerika Utara dan Chile. Istilah ini juga digunakan di barat laut Jerman.
regional arrangementaturan serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPakatan antara negara berdaulat dalam sesuatu rantau bagi menjaga kepentingan bersama demi kebaikan rantau tersebut, dan menjalinkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, keselamatan dan sebagainya. Contoh aturan serantau ialah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Aturan serantau boleh ditubuhkan bagi tujuan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan boleh dimanfaatkan bagi tujuan menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Contohnya, NATO yang berperanan mengawasi dan menguatkuasakan sekatan maritim terhadap negara bekas Yugoslavia semasa berlakunya Peperangan Balkan 1991�2001. Sinonim penyusunan serantau.
12

Kembali ke atas