Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Asphalt


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
3. Apakah padanan terjemahan yang tepat bagi istilah “asphalt mixer”?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

asphalt mixer - penggaul asfalt

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Lain-lain08.07.2021
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, pencarian istilah DBP menterjemahkan "asphalt" kepada "asfalt". Bukankah terdapat istilah "turap" yang kebiasaannya digunakan? (cth: jalan berturap). Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Saya juga ingin bertanya, yang mana lebih tepat: 1) mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut DIDENGAR esok; atau 2) mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut DIDENGARI esok. Terima kasih.Waalaikumussalam...

Menurut Istilah MABBIM daripada data kami maksud asphalt dari bidang geologi ialah asfalt. Maksud asfalt ialah dari bidang fizik dan geografi ialah:
1. bahan berbitumen yang berbentuk separuh pepejal, berlekit, berwarna hitam, dan terdiri daripada campuran alkana, hidrokarbon aromatik, dan sebatian hidrokarbon yang lebih kompleks.
2. Bahan perintang asid dalam cetak guris. 

Ayat yang betul ialah mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut didengari esok.

Sekian terima kasih.
Istilah22.01.2018
Kemaman Bitumen Company Sdn Bhd 09-8601842 Tipco Asphalt GroupSekiranya puan memerlukan pengesahan bahasa untuk papan tanda nama syarikat, sila hantar visual iklan puan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).  Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel puan. Demikian juga kata laluan (password) akan di-e-melkan kepada puan. Lampirkan visual dalam menu permohonan .Lain-lain05.02.2014

Kembali ke atas