Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata BM


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. Saya ingin bertanya tentang kamus BM-BM untuk murid tahap 1 (Tahun 1,2,&3) dan juga kamus BM-Bm untuk tahap 2 (Tahun 4,5,& 6) sekolah rendah.DBP ada menerbitkan Kamus KBSR Dewan Bergambar untuk memenuhi keperluan murid Darjah 4,5 dan 6. Namun demikian, kamus ini juga dapat memberi bantuan kepada pengguna lain yang memerlukan kamus seperti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.  Lain-lain04.05.2010
adakah dbp menyadiakan kamus bi-bm dan bm-bi secara online..

Kamus BM - BI ada dalam laman web, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik carian kata dan taipkan perkataan yang anda ingin rujuk. Maklumat yang diberi bukan sahaja dariapada kamus malah buku dan daftar istilah serta pertanyaan lain yang telah dijawab melalui knb.

Lain-lain12.08.2009
BM translate of Beverage with "no coloring" should be "Tanpa perwarna" OR "Tanpa warna"?

Terjemahan yang tepat bagi “no colouring” ialah “tanpa pewarna”. Contohnya, “food colouring” bermaksud pewarna makanan (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Penyemakan dan penterjemahan04.06.2020
BM translation for 'Made in USA' - can I put it as 'Buatan USA'? Thanks.
Menurut data kami, terjemahan yang sesuai ialah Buatan AS
Lain-lain18.08.2016
BM translation of: 1. Rock climbing 2. nsanity

1. Istilah untuk 'rock climbing' ialah daki tembok.

2. Tidak ada perkataan 'nsanity' dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah 'insanity' yang padanan bahasa Melayunya ialah ketaksiuman atau kehilangan akal.

Istilah01.04.2011
1) Adakah wujudnya perkataan "Pengutip Muzik" dalam Bahasa Malaysia (BM)? 2) Apakah perkataan BM untuk perkataan Inggeris "Music Composer"?Padanan bahasa Melayu bagi music composer ialah penggubah muzik. Perkataan pengutip mizik tidak ada dalam rekod kami.   Istilah18.11.2008
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translations as below: 1. Made of food contact grade material. BM transalation: Diperbuat daripada bahan gred bersentuhan makanan. 2. Plastic bag with strong seal to prevent breakage. BM translation: Beg plastik berdinding kuat supaya tidak mudah koyak. 3. Security seal packed to avoid contamination. BM translation: Berbungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan kontaminasi. Thank you.Terjemahan:

a) Made of food contact grade material. Diperbuat daripada bahan gred sentuh makanan.
b) Plastic bag with strong seal to prevent breakage. Beg plastik kedap udara supaya tidak mudah koyak.
c) Security seal packed to avoid contamination. Bungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan pencemaran.  
Makna26.08.2019
lebih sesuai menggunakan perkataan 'mempertingkat' atau 'mempertingkatkan' dalam ayat? contoh 'mempertingkat penguasaan BM atau 'mempertingkatkan penguasaan BM' betul???kenapa???

Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan - tingkat, bukan kata adjektif dan imbuhan yang betul ialah memper-...-kan.

Tatabahasa28.09.2010
Saya cadangkan pihan tuan dapat mempunyai satu ruang untuk 'translet bahasa' samada translet daripada bahasa Inggeris ke BM/Bahasa Cina ke BM. Kadangkala, saya ingin cari perkataan yang sesuai untuk translet tetapi tak dapatTerima kasih atas cadangan tuan/puan. Untuk pengetahuan tuan/puan, untuk tujuan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia. Ahli-ahlinya terdiri daripada staf DBP. Selain itu juga, tuan/puan boleh berurusan dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).Lain-lain21.05.2009
Baru-Baru ini, saya ingin membuat artikel mengenai makanan. Makanan ini dipanggil [Won Ton] dalam English. Dalam Kamus BI-BM Dewan, istilah BM [wantan] dipakai. Tapi saya tidak dapat jumpa istilah wantan dalam Kamus Dewan 4. Istilah yang hampir ialah [Pangsit] sj makan cina. Setakat Yang saya tahu [Pangsit] itu istilah wantan dalam Indonesia. Dalam Kamus Pro 8 [pangsit] pula diberi masuk [Boraks]. Adakah [Pangsit] juga memberi makna [boraks]? Boraks itu bahan kimia yang tidak boleh dimakan. Apakah istilah perlu saya gunakan? Sekian terima kasih.Wantan boleh dilihat dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan dan istilah pentadbiran perniagaan, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wantan&d=1 untuk maklumat lanjut. Tidak ada maklumat lain tentang pangsit, selain sejenis makanan orang Cina.Istilah01.07.2015
12345678910...

Kembali ke atas