Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata BM


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU-BUKU DIRAJA JOHOR

Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.), badan  persuratan ditubuhkan pada tahun 1888 di Semenanjung Tanah Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR

PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR, badan persuratan yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bertujuan untuk menggalakkan kegiatan persuratan Melayu.  Nama asalnya ialah Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.Bm.P.B.), dan ditubuhkan pada tahun 1888.   Pengasasnya ialah Dato' Abdul Rahman bin Andak (Dato' Seri Amar Diraja Johor).   Antara kegiatan utama P.Bm.P.B. ini ialah menganjurkan perbincangan dan penubuhan sebuah perpustakaan sebagai pusat sumber bahasa (Melayu dan Inggeris).

BAHASABahasa
PEREDAR

PEREDAR, jurnal yang diterbitkan oleh Pakatan bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.).  Siri Peredar bermula dari penerbitan Buku Tubuh Lembagaan dan Buku Undang-Undang serta Buku Kelantan yang bermula pada tahun 1936.  Selepas itu barulah diterbitkan jurnal Peredar Angka 2.  Penerbitan siri Peredar dilakukan setelah dihidupkan semula P.Bm.P.B.D.  Persatuan ini telah dapat menerbitkan Peredar sebanyak 25 terbitan iaitu hingga bulan September 1941.  Dalam siri Peredar yang telah diterbitkan terdapat pelbagai maklumat yang disiarkan merangkumi hal yang berkaitan dengan bahasa, kebudayaan, sejarah, pengembaraan dan lawatan, perjanjian, dan geografi.  Antara perkara menarik yang disiarkan dalam jurnal Peredar ini ialah:

BAHASAKarya
PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR

PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR, buku pedoman ejaan.  Pedoman ini dikenaI juga sebagai Pedoman Ejaan P.Bm.P.B.  Diraja Johor atau Pedaman Ejaan Pakatan.  Pedoman ini disusun oleh Mejar Dato' Haji Muhammad Said Haji Suleiman.  Tujuan diadakan pedoman ini adalah untuk menyeragamkan dan membakukan ejaan jawi yang digunakan dalam penerbitan bahasa Melayu, khususnya di Johor.  Semasa pedoman ini disusun, perbincangan telah dibuat oleh Haji Muhammad Said dengan Pendeta Za'ba yang bertugas di Tanjung Malim pada ketika itu.  Pada tahun 1937, pedoman ini diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-buku Diraja Johor dengan judul Panduan Bagi Hejaan P.Bm.P.B.  Diraja, iaitu sebagai pedoman rasmi bagi ejaan Jawi untuk kegunaan Pakatan dan ahli-ahlinya, serta juga penerbitan buku-buku bagi kerajaan Johor. Pedoman ini mengandungi 25 halaman.

BAHASABahasa
BUKU KATAN

BUKU KATAN,  kamus Melayu yang dihasilkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja (P.Bm. P.B. Diraja), Johor.  Kamus ini disusun oleh Mejar Dato’ Muhammad Said bin Haji Suleiman, dicetak dalam huruf Jawi oleh Matbaah al-Ahmadiah, Singapura, pada tahun 1936.

BAHASAKitab
PERIAN BASA

PERIAN BASA, buku dalam siri Peredar, yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) pada tahun 1940.  terbitan pertama buku ini mengandungi 38 halaman yang dicetak dalam huruf Jawi.  Buku ini diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada tahun 1992.

BAHASAPenerbitan
MALAY-INDONESIAN SYNONYMS

MALAY-INDONESIAN SYNONYMS, kamus pertama yang menerangkan perbezaan antara bahasa Melayu (BM) yang dituturkan di Brunei, Malaysia dan Singapura dengan bahasa Indonesia (BI). Malay-Indonesian Synonyms atau Comparative Dictionary of Malay Indonesian Synonyms, diterbitkan oleh Time Books International, Kuala Lumpur pada tahun 1991. Kamus ini disusun oleh Dr. Leo Suryadinata dan disunting oleh Profesor Dr. Abdullah Hasan.

BAHASAPenerbitan
JALAN BAHASA MELAYU

JALAN BAHASA MELAYU,   buku tatabahasa Melayu.  Buku ini karangan Mejar Dato’ Mohd. Said bin Haji Sulaiman, daripada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja, (P.Bm.P.B.D.) Johor.  Buku ini diterbitkan pada tahun 11937 dalam tulisan Jawi oleh Ahmadiah Press setebal 198 halaman.

BAHASAKarya
PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA MELAYU

PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA Melayu, buku tulisan yang diterbitkan dalam jurnal Peredar  Angka 12, yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) pada tahun 1939.  Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu membicarakan satu segi tatabahasa Melayu.  Buku ini menerangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu memberi penokok (= awalan) pada kata umbi (akar/dasar) dan juga memberi penambah (= akhiran) pada kata akar/dasar sehingga menjadi kata terbitan.  Dengan kata lain buku ini membicarakan pembentukan kata atau morfologi bahasa Melayu.  Buku ini mengandungi 35 halaman serta terdapat 10 fasal di dalamnya.  Perkara-perkara yang dibicarakan ialah:

BAHASAKarya
PELITA BAHASA MELAYU

PELITA BAHASA Melayu, buku tatabahasa dan latihan penggunaan bahasa Melayu.  Buku ini dikarang oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu.  Pelita Bahasa Melayu Penggal I (PBM I) diterbitkan pada tahun 1940, Pelita Bahasa Melayu  Penggal II (BM II) pada tahun 1946 dan Pelita Bahasa Melayu Penggal III (PBM III) pada tahun 1947.  Ketiga-tiga penggal itu telah dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1962.  Penggal I dicetak semula sebanyak tiga kali, dan yang terakhirnya pada tahun 1965.

BAHASAPenerbitan
12

Kembali ke atas