Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata BORNEOL


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
borneolborneolKimiaTiadaBornil alkohol, C10H17OH, hablur putih yang separuh telap kepada cahaya, berbau kamfor.
borneolborneolKimiaTiadaTiada
bornyl chloridebornil kloridaKimiaTiadaHablur putih, C10H17Cl, takat lebur 148oC, diperoleh melalui pengolahan borneol dengan PCl5.
monoterpenemonoterpenaHerbaFitokimiaSebatian hasilan semula jadi yang terdiri daripada sepuluh karbon dan terhasil daripada gandingan dua unit isoprena. Kebanyakan sebatian ini mudah meruap dan mempunyai bau serta mempunyai aktiviti biologi tertentu seperti antimikrob dan kesan sedatif. Kamfor (kapur barus), borneol (minyak kayu putih) dan mentol (pudina) merupakan contoh sebatian monoterpena.
monoterpenemonoterpenaHerbaPemiawaianSebatian hasilan semula jadi yang terdiri daripada sepuluh karbon dan terhasil daripada gandingan dua unit isoprena. Kebanyakan sebatian ini mudah meruap, beraroma dan mempunyai aktiviti biologi tertentu seperti antimikrob dan kesan sedatif. Contoh sebatian monoterpena ialah kamfor (nilam), borneol (minyak kayu putih) dan mentol (pudina).
Dryobalanops aromaticakapur barusHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Dipterocarpaceae. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan dipterokarpa tanah pamah dan bukit, kawasan cerun dan lereng bukit. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang dan mempunyai bau kapur. Bunganya kecil berwarna putih dan buahnya jenis kekeras bersayap. Kandungan kimianya ialah borneol, kamfena, kamfor, seskuiterpena dan terpenol. Serbuk kamfor, iaitu damar atau minyak kapur boleh digunakan sebagai ubat sapu pada bisul, sakit sendi, sakit kepala, batuk, lelah, bengkak, luka, kulit melecur, sakit hidung dan buasir. Damarnya dikunyah untuk merawat sakit kerongkong, ulser mulut, sakit hidung, masalah kencing dan mata kabur. Kapur barus juga boleh digunakan dalam pengurusan jenazah.
Blumea balsamiferaSembung,capa, telinga kerbauPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Asteraceae, dikenali sebagai capa dan telinga kerbau. Pokok jenis renek yang mempunyai batang dan daun berbulu serta berbau seperti kapur barus. Daunnya jenis ringkas, besar dengan tepi daunnya bergerigi. Bunga berwarna kuning dan berbentuk tiub. Pokok ini tumbuh liar di kawasan belukar. Sebatian kimia antaranya borneol, beta-eudesmol, beta-kamfen, cineol, kamfor, limonen, flavanoid dan seskuiterpen. Daun digunakan untuk merawat bisul, mandian herba dan bertungku selepas bersalin. Selain itu daun juga digunakan untuk menghilangkan sakit dada dan sakit kepala. Air rebusan daun diminum untuk mengubati batuk, menggalakkan perpeluhan dan membuang angin dalam perut.
Blumea balsamiferasembungHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Asteraceae dan dikenali juga sebagai capa dan telinga kerbau. Pokok jenis renek ini tumbuh liar di kawasan belukar, mempunyai batang dan daun berbulu serta berbau seperti kapur barus. Daunnya jenis ringkas dan besar dengan tepi daun bergerigi. Bunganya berwarna kuning dan berbentuk tiub. Pokok ini mengeluarkan sebatian kimia antaranya borneol, �-eudesmol, �-kamfena, sineol, kamfor, limonena, flavonoid dan seskuiterpena. Daunnya digunakan untuk merawat bisul, mandian herba dan bertungku selepas bersalin. Selain itu, daunnya juga digunakan untuk menghilangkan sakit dada dan sakit kepala. Air rebusan daun diminum untuk mengubati batuk, menggalakkan perpeluhan dan membuang angin dalam perut.

Kembali ke atas