Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Bursa Saham Kuala Lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata BSKL


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
BSKLkep Bursa Saham Kuala Lumpur.Kamus Dewan Edisi Keempat
indeks komposit BSKL(Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL;Kamus Dewan Edisi Keempat
kaunter II(Eko) saham yg disenaraikan di bursa saham, mis kaunter Tenaga Nasional Berhad bererti saham syarikat ini disenarai­kan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).Kamus Dewan Edisi Keempat
menghakiskan1. mengikis (dan meng­hanyut­kan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: pohon itu musnah disebabkan oleh ombak yg sudah banyak ~ tanah di sekitarnya; 2. menyebabkan (keuntungan, kuasa, moral, keyakinan dsb) semakin ter­jejas, berkurang, merosot, hilang dsb: peng­ambilan untung selepas urus niaga ber­henti rehat pd tengah hari telah ~ keuntung­an terdahulu di BSKL;Kamus Dewan Edisi Keempat
indeks(indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat, katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas; ~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga (Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara (Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~ perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering digunakan; pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks: perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat.Kamus Dewan Edisi Keempat
hakis; menghakis 1. mengikis (dan meng­hanyut­kan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: angin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yg mengandungi pasir halus dapat mengikis bahagian batu yg lembut; selepas tanah pantai dihakis oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yg mene­gakkan akar-akar ceracak keluar; 2. menye­babkan (kuasa, moral, keyakinan dsb) se­makin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb: pelbagai amalan tidak sihat akan berlaku dan seterusnya ~ keyakinan pelabur; kenaikan kos ini akan hanya ~ kecekapan pengeluaran pertanian tempatan; 3. ki menjadi kurang (bkn nilai, harapan, keyakin­an dsb), merosot, menurun: apabila tindakan mengenakan kadar faedah dilambatkan, keyakinan terus ~; menghakiskan 1. mengikis (dan meng­hanyut­kan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: pohon itu musnah disebabkan oleh ombak yg sudah banyak ~ tanah di sekitarnya; 2. menyebabkan (keuntungan, kuasa, moral, keyakinan dsb) semakin ter­jejas, berkurang, merosot, hilang dsb: peng­ambilan untung selepas urus niaga ber­henti rehat pd tengah hari telah ~ keuntung­an terdahulu di BSKL; terhakis 1. dikikis dan dihanyutkan oleh air, angin, ombak dsb (bkn permukaan tanah, batu dsb): perdu itu tumbang dan akhirnya ~ segala tanah; kejadian itu menyebabkan pantai ~ akibat dipukul ombak besar; 2. menjadi semakin berkurang (merosot, lenyap dsb): pendapatan kerajaan negeri semakin ~ sedangkan perbelanjaan mengurus se­makin meningkat; kedamaian kampung itu sudah mula ~ atas nama pembangunan; hakisan perihal menjadi terhakis; penghakisan proses (perbuatan, tindakan dsb) menghakis atau menghakiskan: kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor persekitaran fizikal; keruntuhan akhlak dan ~ rasa hormat dan kasih sayang kpd orang tua semakin ketara.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas