Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; membubuh 1. menaruh, meletakkan sesuatu: tanah ini boleh disuburkan semula dgn ~ baja; ~ harga menaruh (menentukan) harga; 2. menaruhkan, menambahkan: rantai itu dibubuh di pangkalan supaya kapal tidak boleh lalu; jangan lupa ~ tanda ringgit dan titik; 3. menulis, memasukkan (dlm surat, laporan, dll), menempatkan (huruf, tanda, dll dlm tulisan): segala kelakuan perang itu dibubuhnya dlm surat itu; ~ angka dua memberi berangka dua; ~ awalan dan akhiran memberi berawalan dan berakhiran; ~ koma menempatkan koma; ~ tandatangan menandatangani;membubuhi menaruh sesuatu, meletakkan sesuatu, menambah sesuatu dgn: bajunya berkembang besar dan dibubuhi kain yg lain warnanya;bubuhan 1. sesuatu yg dibubuh; 2. Id bunyi atau rangkaian bunyi yg dibubuh pd kata pokok (awalan, akhiran, dan sisipan); pembubuhan penaruhan, penempatan, penambahan: ~ tandatangan pd surat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; membubuh menaruh atau meletakkan sesuatu: Tanah itu dpt disuburkan kembali dgn ~ baja. membubuhi menaruh pd; meletakkan pd; mengisikan sesuatu ke dlm: Ia ~ botol itu air teh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata BUBUH

Puisi
 

Bubuh di atas dulang suasa,
     Beri minum ratu Majapahit;
Mustahil kan hilang penyakit cinta,
     Jika tak dapat tidur pun sakit.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mogiyon-iyon Kd KBsejenis roh jahat.20. Mogiyon-iyon – Semangat bubu atau lukah menangkap ikan, kalau tidak diberi ikan maka habislah ikan di dalam bubuh dimakannya.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
riribu Kd, Bj, Tbsejenis nyiru berbentuk lonjong yang digunakan untuk menampi beras.Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kasip Kdperangkap yang dipasang di dahan pokok untuk menangkap haiwan kecil seperti tupai.Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bohungon Kdalat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh.Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
wakid Kd, Tbbekas yang diperbuat daripada bambu yang dijalin untuk mengisi barang dengan cara dipikul di belakang si pembawa. Ia biasanya digunakan untuk membawa barang berat seperti durian, beras dan sebagainya.Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas