Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bahamas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NASSAU

Nassau (pend. 135 437) ialah ibu negara dan

bandar terbesar kepulauan Bahamas. Ia

menyempadani sebuah pelabuhan yang baik di

pantai timur laut Pulau New Providence. Untuk

lokasi, lihat Bahamas (peta). Iklim di bandar ini

yang sentiasa panas dan cerah menjadikannya

sebuah pusat tarikan pelancong.

UMUM 
AMERIKA BRITISH

Amerika British, merujuk kepada bahagian

utara dan selatan Amerika yang mempunyai

hubungan politik dengan United Kingdom (UK).

Sesetengahnya ialah negeri naungan UK, seperti

Anguilla, Bermuda, Kepulauan Virgin British,

Pulau Cayman, Kepulauan Falkland, Montserrat,

dan Kepulauan Turks dan Caicos. Banyak negara

merdeka yang menjadi sebahagian daripada

Amerika British. Negara-negara seperti ini

termasuklah Antigua dan Barbuda, Bahamas,

Barbados, Belize, Kanada, Dominica, Grenada,

Guyana, Jamaica, St. Christopher dan Nevis; St.

Lucia, St. Vincent dan Grenadines, dan Trinidad

dan Tobago. Kebanyakan unit politik Amerika

British ialah anggota Negara-negara Komanwel.

UMUM 

Kembali ke atas