Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bahrain


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAJA BAHRAIN, DATUKTokoh seni bina.KEJURUTERAANTokoh
BAHRAIN

Bahrain, negara kepulauan yang terletak di Timur Tengah pada garis lintang 26° 00’ U, dan garis bujur 50° 33’ T.  Bahrain terdiri daripada 30 buah pulau di Teluk Parsi. 

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MANAMA

Manama (pend. 121 986) ialah ibu negara, bandar

terbesar dan pelabuhan utama Bahrain, sebuah

negara pulau di Teluk Parsi (lihat Bahrain).

UMUM 
MAJLIS KERJASAMA TELUK

Majlis Kerjasama Teluk ialah sebuah

organisasi negara-negara Arab yang bekerjasama

dalam bidang-bidang tertentu seperti pertahanan,

tentera dan dasar ekonomi. Enam negara yang

menganggotainya, iaitu Bahrain, Kuwait, Oman,

Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu.

UMUM 
SEMENANJUNG TANAH ARAB

Semenanjung Tanah Arab, gurun yang

gersang yang terletak di barat daya Asia.

Sebahagian besar daripada gurun ini ialah negara

Arab Saudi dan bahagian lain terdiri daripada

negara Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar

dan Kuwait serta sebuah pulau yang dikenali

sebagai Bahrain yang terletak berhampiran dengan

pantai timur semenanjung ini. Semenanjung Tanah

Arab amat luas dan sebahagian besarnya diliputi

oleh tanah gersang yang sesetengah tempatnya

amat jarang menerima hujan. Suhu di bahagian

tengah semenanjung ini mencapai 54 ° C pada

musim panas. Walau bagaimanapun, Semenanjung

Tanah Arab merupakan satu kawasan ekonomi

terpenting kerana ia mengandungi sumber minyak

yang terbesar di dunia.

UMUM 
TIMUR TENGAH

Timur Tengah ialah kawasan yang amat luas

meliputi sebahagian besar benua Afrika Utara, Barat

Daya Asia dan Tenggara Eropah. Para pengkaji tidak

sependapat dalam pemetaan yang tepat bagi

kawasan Timur Tengah ini. Walau bagaimanapun

mereka sekata bahawa kawasan ini merangkumi

negara-negara berikut: Cyprus, Mesir, Iran, Iraq,

Palestin , Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar,

Bahrain , Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Emiriah

Arab Bersatu, dan Yaman. Keluasan keseluruhan

kawasannya kira-kira 9 694 000 kilometer persegi.

Penduduknya pula mencecah 262 juta orang.

UMUM 

Kembali ke atas