Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bangladesh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alienorang asingSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu Iuar yang memasuki sebuah masyarakat yang mempunyai agama, bahasa dan budaya yang berbeza dengan masyarakat asalnya. Kemasukan individu ini biasanya bertujuan ekonomi seperti bekerja sebagai buruh atau peniaga. Perbezaan yang wujud antara individu dengan masyarakat ini menyebabkan mereka terasing atau sukar diterima dalam masyarakat tersebut. Kesan kemasukan orang asing ini sering menimbulkan konflik sosial dan ekonomi terhadap masyarakat tersebut. Contohnya, kebanjiran pendatang Bangladesh di Malaysia.
supranationalismsupranasionalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSemangat nasionalisme yang melangkaui sehingga luar kawasan negara asal. Semangat nasionalisme biasanya bersifat kecintaan rakyat terhadap negaranya sahaja, namun dalam konteks supranasionalisme, semangat itu mencapai hingga ke peringkat luar wilayah sama ada wilayah bekas penjajahnya atau wilayah yang berdekatan dengan negaranya. Contohnya, nasionalisme rakyat India tidak terbatas kepada pembinaan identiti dan cinta kepada negaranya tetapi menjangkau kepada benua kecil India seperti Nepal, Pakistan, Bangladesh dan sebagainya.
hartalhartalSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan melumpuhkan semua aktiviti kerja seperti mengadakan mogok oleh pekerja perusahaan atau kakitangan kerajaan, menutup kedai oleh pemiliknya, ponteng sekolah atau universiti oleh pelajar dan pemberhentian semua transaksi pemiagaan seperti bank, saham, insurans dan sebagainya. Dengan tindakan ini, industri dan pengeluaran negara menjadi lumpuh serta memberi implikasi bahawa kerajaan yang sedang memerintah tidak mendapat sokongan dan didesak untuk meletakkan jawatan. Tindakan ini biasanya dilakukan di Asia Selatan terutama di India, Sri Lanka dan Bangladesh. Contohnya, tindakan melumpuhkan pentadbiran British oleh gerakan menuntut kemerdekaan India di bawah pimpinan Mahatma Gandhi.
International Movement of the Red Cross and the Red CrescentPergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit MerahSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang pada mulanya dikenali sebagai Palang Merah Antarabangsa dan kemudiannya bertukar nama pada tahun 1986 bagi merangkumi beberapa cawangan di negara Arab. Pergerakan ini membiayai Persidangan Palang Merah Antarabangsa yang merupakan badan tertinggi dalam pergerakan ini. Badan ini bersidang setiap empat tahun sekali dan anggotanya terdiri daripada wakil setiap Pertubuhan Palang Merah daripada beberapa jawatankuasa antarabangsa. Kini, lebih kurang 175 buah negara mempunyai Pertubuhan Palang Merah. Semua aktiviti pertubuhan ini dibiayai oleh yuran keahlian dan sebilangannya mendapat subsidi kerajaan. Aktiviti pergerakan ini telah berkembang sejak Perang Dunia Kedua dan meliputi pelbagai bidang. Antaranya untuk menjaga kebajikan pelarian akibat peperangan, bencana alam dan konflik etnik di serata dunia, termasuk di Hungary (1956), Somalia (1992), Rwanda (1994) dan Yugoslavia (1990-an). Pergerakan ini juga menyelaras usaha pertolongan antarabangsa dalam bencana alam seperti kejadian angin kencang dan ombak besar yang melanda Pakistan Timur peredaan ketegangan Pergerakan Antarabangsa (Bangladesh) pada tahun 1970, dan gempa bumi di Armenia (1988) dan Turki (1999). Sinonim PBSM.

Kembali ke atas