Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Barbados


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAMS, SIR GRANTLY HERBERT

Adams, Sir Grantly Herbert (1898–1971) ialah

negarawan Hindia Barat yang menjadi perdana

menteri pertama Barbados, dan kemudian Perdana

Menteri Persekutuan Hindia Barat. Sebagai

pemimpin gabungan Parti Buruh Barbados dengan

Parti Kongres, dia telah membawa kejayaan kepada

gabungan ini memegang kuasa pada tahun 1954.

UMUM 
BRIDGETOWN

Bridgetown (pend. 7519) ialah ibu negara dan

kota terbesar di Barbados.

UMUM 
AMERIKA BRITISH

Amerika British, merujuk kepada bahagian

utara dan selatan Amerika yang mempunyai

hubungan politik dengan United Kingdom (UK).

Sesetengahnya ialah negeri naungan UK, seperti

Anguilla, Bermuda, Kepulauan Virgin British,

Pulau Cayman, Kepulauan Falkland, Montserrat,

dan Kepulauan Turks dan Caicos. Banyak negara

merdeka yang menjadi sebahagian daripada

Amerika British. Negara-negara seperti ini

termasuklah Antigua dan Barbuda, Bahamas,

Barbados, Belize, Kanada, Dominica, Grenada,

Guyana, Jamaica, St. Christopher dan Nevis; St.

Lucia, St. Vincent dan Grenadines, dan Trinidad

dan Tobago. Kebanyakan unit politik Amerika

British ialah anggota Negara-negara Komanwel.

UMUM 
ASEROLA

Aserola ialah buah pokok rimbun yang tumbuh

setinggi 3 hingga 4.5 meter. Ia adalah tumbuhan

asli di Hindia Barat dan beberapa bahagian

Mexico, Amerika Tengah, dan utara Amerika

Selatan. Pokok ini mempunyai akar yang dalam

dan tumbuh dengan baik walaupun di tanah yang

kurang subur, asalkan hujan mencukupi. Aserola

juga dikenali sebagai ceri Puerto Rico, ceri Hindia

Barat, atau ceri Barbados.

UMUM 

Kembali ke atas