Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n (negeri) Belgium. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Belgium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OSTEND

Ostend (pend. 69 129) ialah bandar Belgium di Laut

Utara, terletak kira-kira 125 kilometer ke barat laut

Brussels (lihat Belgium [peta politik]). Ostend terletak

di kawasan Belgium yang menggunakan bahasa

Belanda sebagai bahasa pertuturan. Namanya dalam

bahasa Belanda ialah Oostende . Bandar ini

merupakan pelabuhan Belgium yang penting.

UMUM 
SUNGAI SCHELDE

Sungai Schelde ialah salah satu jalan air

komersial yang paling penting di Eropah,

terutamanya di Belgium. Sungai ini berpunca dari

tenggara Lille, Perancis, iaitu Sungai Escaut dan

mengalir ke barat laut melalui Belgium. Untuk

lokasi, lihat Belgium (peta). Di Antwerp, Belgium,

sungai itu memisahkan Schelde Timur dengan

Schelde Barat, yang mengalir melalui Belanda ke

Laut Utara. Sungai Schelde sepanjang 435

kilometer dan boleh dilayari sejauh 338 kilometer.

Sebuah terowong menghubungkan Sungai

Schelde, Sungai Meuse, dan Sungai Rhine.

UMUM 
BELGIUM

Belgium. Negara yang terletak di barat laut Eropah. Belgium adalah salah satu negara terkecil di Eropah, dengan keluasan hanya 30 521 km2.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
LIÈGE

Liège (pend. 195 2389) ialah bandar di timur

Belgium. Bandar ini terletak di kedua-dua tebing

Sungai Meuse, di bahagian negara Belgium yang

penduduknya bertutur bahasa Perancis (lihat

Belgium [peta politik]).

UMUM 
ALBERT I

Albert I (1875–1934), raja Belgium dari tahun 1909

hingga 1934, ialah pemimpin tentera yang berani

dalam Perang Dunia I (1914–1918). Sebagai

panglima besar tentera Belgium, baginda

 membantu menyekat kemaraan tentera Jerman

pada bulan September 1914. Albert kekal

mengetuai tentera sehingga tamat perang. Selepas

perang, Albert membantu pembinaan semula

 negara. Selepas beberapa tahun, Belgium berjaya

 pulih daripada kesan perang.

UMUM 
PIRENNE, HENRI

Pirenne, Henri (1862–1935) ialah ahli sejarah

Belgium . Dia terkenal kerana hasil karyanya

berjudul History of Belgium , sebanyak tujuh jilid

(1900–1932), yang dianggap sebagai karya

standard dalam bidang tersebut.

UMUM 
ANTWERP

Antwerp (pend. 185 021; pend. kaw. met. 628 989)

ialah pelabuhan utama Belgium malah pelabuhan

paling besar di Eropah. Bandar ini dikenal sebagai

Antwerpen di Belanda dan Anvers di Perancis.

Bandar ini merupakan salah satu bandar raya yang

terbesar di Belgium. Antwerp terbentang di atas

Sungai Schelde, 89 kilometer jauhnya dari Laut

Utara (lihat Belgium [peta politik]). Jalan air dan

landasan kereta apinya memberi perkhidmatan

kepada keseluruhan Belgium dan semua bandar

perindustrian di Jerman dan Perancis.

UMUM 
ORANG WALLON

Orang Wallon ialah sekumpulan orang yang

mendiami selatan Belgium. Kawasan yang mereka

diami dinamakan Wallonia. Kawasan ini terdiri

daripada provinsi Hainaut, Liege, Luxembourg,

Namur, dan separuh bahagian selatan Brabant

(lihat Belgium [peta politik]). Orang Wallon

berjumlah lebih kurang 30 peratus daripada

penduduk Belgium.

UMUM 
KESUSASTERAAN FLEMISH

Kesusasteraan Flemish lihat Belgium (Seni).

UMUM 
YPRES

Ypres (pend. 34 758) ialah bandar Belgium di

kawasan Flanders Barat yang penduduknya

bertutur bahasa Belanda.

UMUM 
1234

Kembali ke atas